web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


107,000 Jemaah Boleh Tawaf Dalam Sejam Di Serambi Saudi Masjidil Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 9:20AM

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berkata, pihak berkuasa tinggi negara itu mengeluarkan kelulusan untuk menamakan projek itu sebagai serambi Saudi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Projek pembesaran mataf di Masjidil Haram yang dikenali sebagai serambi Saudi mampu menampung kehadiran 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 jemaah melakukan tawaf dalam tempoh sejam.

Ketua Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berkata, pihak berkuasa tinggi negara itu mengeluarkan kelulusan untuk menamakan projek itu sebagai serambi Saudi.

Menurutnya, serambi Saudi yang mengelilingi serambi Abbasiyah membabitkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah dan pengunjung Masjidil Haram sebelum ini.

Ia terdiri daripada empat tingkat, iaitu tingkat bawah, tingkat satu, mezanin tingkat dua, dan bumbung.

Serambi Saudi termasuk projek pembesaran mataf (kawasan tawaf di sekitar Kaabah) di belakang serambi Abbasiyah dan halaman sekitar Kaabah.

“Raja Abdul Aziz, pengasas Arab Saudi moden, mengarahkan pembesaran Masjidil Haram untuk menampung jumlah jemaah haji yang semakin meningkat dengan kerja pembesaran bermula pada zaman Raja Saud pada 1955.

“Peluasan bangunan serambi itu berterusan ketika era Raja Saud, Raja Faisal dan Raja Khalid,” katanya sambil menambah pembesaran projek itu dalam fasa penyiapan ketika tempoh Raja Fahd dan Raja Abdullah dan era sekarang Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman.

Jelas beliau, serambi Saudi menyediakan ruang lebih luas untuk jemaah mengikut piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat.

“Ia juga dibezakan dengan ketersediaan semua perkhidmatan teknikal, serta sistem bunyi dan pencahayaan, yang menyumbang untuk mewujudkan suasana rohani yang amat diperlukan jemaah,” katanya. - Agensi

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pekerja Menolak Air Bertakung Di Masjidil Haram

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Pemuda Malaysia Jadi Penterjemah Di Masjidil Haram

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Lebih 950,000 Pengunjung Dan Jemaah Umrah Di Masjidil Haram Setiap Hari Sejak Awal Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad