web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda Malaysia Jadi Penterjemah Di Masjidil Haram

Muhammad Mujahid berkata beliau juga banyak berbincang dengan rakan penterjemah dari Indonesia bagi mencari perkataan yang tepat untuk mengelak salah terjemahan yang boleh menjejaskan institusi masjid suci umat Islam itu.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:15AM

Muhammad Mujahid Zaharudin - Gambar ihsan TH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia yang tidak menguasai bahasa Arab pastinya sukar memahami isi khutbah yang disampaikan khatib ketika menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di sini.

Bagaimanapun, mereka boleh mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu dalam bahasa Melayu menerusi portal https://manaratalharamain.gov.sa yang antaranya diterjemah seorang pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin.

Muhammad Mujahid, 26, dari Johor Bahru, Johor bertugas sebagai penterjemah di Masjidil Haram sejak Oktober 2022 dengan menterjemah antaranya khutbah Jumaat, khutbah Hari Arafah, syarahan dan papan-papan tanda di masjid berkenaan.

Graduan Universiti Umm Al-Qura, Makkah dalam bidang Syariah itu berkata beliau mencuba nasib memohon bekerja di Masjidil Haram meskipun mengetahui ia agak sukar kerana pihak berwajib menetapkan sekurang-kurangnya pemohon perlu berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing.

"Saya hanya ada ijazah dan bagi yang mempunyai ijazah ini, kita perlukan nilai tambah sebagai sokongan seperti menghafal al-Quran dan hadis.

"Sepatutnya bila dah graduasi, saya bersiap-siap untuk pulang tetapi bila dapat tawaran ini macam durian runtuh untuk sambung duduk di Makkah dan boleh kembangkan apa yang dipelajari di universiti kerana tak seperti bidang lain, bidang agama ini tidak ada latihan industri," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Muhammad Mujahid yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan kira-kira 4,000 hadis berkata antara tugasan mencabar yang dihadapinya ialah menterjemah kuliah atau syarahan Ketua Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais.

"Sheikh Sudais pandai berpuisi, bersajak dan menggunakan simpulan bahasa. Simpulan bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu contohnya, panjang tangan dalam bahasa Melayu ialah mencuri tetapi dalam bahasa Arab bermaksud orang yang suka bersedekah," katanya.

Muhammad Mujahid berkata beliau juga banyak berbincang dengan rakan penterjemah dari Indonesia bagi mencari perkataan yang tepat untuk mengelak salah terjemahan yang boleh menjejaskan institusi masjid suci umat Islam itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden