web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Zainuddin Yahya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 2:00PM

Allahyarham Zainuddin Yahya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, United Kingdom iaitu Allahyarham Zainuddin Yahya yang meninggal dunia, semalam.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu.

Zainuddin yang telah menetap lebih 40 tahun di London mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Restoran Allahyarham sangat popular dan sering dikunjungi selebriti dunia, malah menjadi pilihan orang kenamaan, rakyat dan pelajar Malaysia di London. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Paus Francis Bawa Suara Moral, Pendukung Tegar Keamanan’ - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pak Lah Insan Berperibadi Mulia, Sentiasa Memilih Untuk Berdamai - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar