web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Gaji Wakil Rakyat Saya Bulan Ini Untuk Athif’ - Dr Mohamad Akmal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 11:55AM

Akmal Saleh yang sanggup menyumbangkan keseluruhan gaji diterimanya sebagai wakil rakyat untuk bayi berkenaan. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penderitaan dihadapi seorang bayi, Muhammad Athif Fahri Muhammad Farhan yang menghidap penyakit genetik, atrofi otot spina (SMA) jenis 1 sehingga menyebabkannya hanya terbaring dengan bantuan mesin pernafasan dan memerlukan bantuan kewangan RM9.27 juta, terus mendapat perhatian serta sokongan masyarakat.

Sikap mulia itu dapat dilihat apabila kempen dana awam ditubuhkan untuk membantu bayi terbabit, iaitu menerusi laman sesawang https://misirakyat.com/bantu/athif terus menerima bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, termasuk individu dan pihak swasta.

Antara insan berhati mulia yang membantu usaha mengumpul dana berkenaan adalah Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh yang sanggup menyumbangkan keseluruhan gaji diterimanya sebagai wakil rakyat untuk bayi berkenaan.

“Gaji bulan ini untuk adik Athif. Walaupun tidak langsung mengenali adik Athif, tetapi Allah jentikkan perasaan bila tengok video adik Athif rasanya seperti anak saya sendiri yang sedang diuji.

“Maka seluruh gaji saya sebagai wakil rakyat pada bulan ini adalah untuk adik Athif.

“Moga Allah permudahkan urusan adik Athif. Mohon untuk kita semua membantu adik Athif juga walaupun hanya dengan doa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jNAR6ZYD5DNXyUstExHwsd4SXgsYahrh8vgR5ETz3xJtVrXcY4yQTNYmPnUHU9bml&id=778377903&mibextid=Nif5oz

Terdahulu, ibu kepada bayi berusia kira-kira setahun dua bulan itu, Nur Azizah Zamri ketika dihubungi Getaran memaklumkan, anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan disahkan mengidap Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) terbabit selepas sehari dilahirkan pada 3 Mac tahun lalu.

Katanya, dia tidak tahu menahu mengenai penyakit itu walaupun sudah beberapa tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan sebagai jururawat, sehingga terpaksa melakukan carian di internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah berkenaan.

“Athif dilahirkan dalam keadaan sempurna, bahkan selama sembilan bulan dalam kandungan tiada apa-apa masalah atau gejala tidak normal dikesan.

“Bagaimanapun, sebaik saja dilahirkan, doktor mengesan ada sesuatu tidak kena pada Athif, sebelum dia disahkan menghidap SMA jenis 1,” katanya yang menetap di Kuantan, Pahang.

Lebih menyedihkan, ujarnya, berdasarkan maklumat diperolehnya, jangka hayat Muhammad Athif hanya mampu bertahan selama dua tahun jika tidak mendapatkan rawatan sepatutnya.

Sementara itu, melalui tinjauan di laman sesawang kempen dana mensasarkan bantuan sebanyak RM9 juta berkenaan yang dianjurkan sehingga 31 Julai depan, jumlah kutipannya mencecah RM3,865,183.00 setakat jam 11.05 pagi ini.

Manakala, tinjauan di hantaran Dr Muhamad Akmal menunjukkan rata-rata netizen terharu dengan keprihatinan ditunjukkan pemimpin politik itu, selain mendoakan urusan dan rezeki beliau dipermudahkan serta kebaikannya dirahmati Allah SWT.

“Alhamdulillah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik YB (Yang Berhormat), terima kasih YB Dr Akmal Saleh, terbaik,” kata pengguna, Maszita Ismail.

“Anakanda YB Dr Akmal Saleh, semoga Allah SWT memberikan rezeki berlipat kali ganda dan permudahkan semua urusanmu,” tulis Hj Dzulkarnain Hashim.

“Alhamdulillah, terbaik YB, moga lebih ramai pemimpin politik berjiwa murni, hanya Allah SWT yang akan membalas segala kebaikan dilakukan,” tulis Ummi Neeza.

“Harap menjadi contoh kepada semua wakil rakyat di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen untuk sama-sama ganding bahu bantu adik Athif,” kata Fahmie Jamil. – Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad