web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hargailah Ibu Kita Sebaiknya, ‘Masa Bersama Mereka Semakin Pendek’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 11:24AM

Berbuat baik kepada ibu adalah lebih utama, diikuti seorang bapa. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Marilah kita bermuhasabah, berapa kali kita telah menziarahi ibu kita pada bulan ini?”

Itu persoalan terkandung dalam khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) minggu ini yang bertajuk ‘Santuni Ibumu’.

Perkara itu dibangkitkan sejajar sikap segelintir anak dilihat seolah-olah kurang memberi perhatian kepada ibu atas faktor kekangan sesudah berkeluarga dan bekerja.

“Ibu, mama, umi adalah antara gelaran diberikan kepada insan yang melahirkan, menjaga, mengasihi dan menyayangi kita. Insan ini adalah permata amat bernilai. Tanpa insan ini, kita pasti akan merasa kesunyian dan kedukaan.

“Berbuat baik kepada ibu adalah lebih utama, diikuti seorang bapa. Namun, atas faktor kekangan sesudah berkeluarga dan berkerja, maka ada di antara kita terpaksa berjauhan.

“Bagaimanapun, perlulah sentiasa diingat walau di mana pun seseorang berada, dia masih berkewajipan memberi perhatian kepada ibunya hingga ke akhir hayat,” menurut khutbah itu.

Malah, memetik kisah diriwayatkan Abu Hurairah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “wahai Rasulullah, siapakah manusia paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?.

Rasulullah kemudian menjawab, “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu”.

Susulan kepentingan insan berkenaan, khutbah itu menasihatkan supaya individu jangan hanya menziarahi ibu bapa apabila tiba hari lebaran, tetapi hubungilah mereka sekerap mungkin sebelum timbul rasa rindu kepada kita.

“Diriwayatkan di dalam sebuah hadis seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah. Rasulullah bertanya, Apakah ibumu masih hidup?”

“Lelaki itu menjawab, “Ya”. Rasulullah bersabda, “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada,” katanya.

Selain itu, khutbah terbabit menegaskan, ibu adalah insan yang melalui pelbagai kepayahan dan kesukaran sejak awal kehamilan hingga saat melahirkan.

“Bermula dari hilang selera makan, kepenatan dan tekanan, kesukaran itu berterusan hingga tiba saat melahirkan, tetapi apabila mendengar tangisan kita, maka hilanglah segala penat serta sakit.

“Di tangan ibulah kita membesar dari kecil hingga dewasa dan apabila kita mahukan susu, kita akan menangis sepuas-puasnya sehingga membuatkan ibu tidak keruan,” katanya.

Kemudian, ia menegaskan, apabila anak penat bermain, ibu adalah tempat mereka melepaskan lelah, namun menginjak dewasa dan apabila anak mempunyai ramai kawan, ibu mula dilupakan.

“Ibu masih menjadi teman hingga ke hujung nyawa dan apabila kita dewasa, ibu masih di rumah sama dengan redup wajah serupa.

“Malah, ibu tekun mendengar segala luahan sedangkan sepatutnya anak yang mendengar rintihan serta keluhan ibu,” katanya.

Khutbah itu menegaskan, setiap anak harus ingat bahawa masa bersama ibu semakin pendek dan usia emas mereka semakin menemui penghujungnya.

“Justeru, mari bersama-sama kita mengambil nasihat dan pedoman daripada khutbah pada hari ini, iaitu pertama, taatilah ibu atas perkara hak dan tinggalkan perkara batil. Apa dinasihatkan ibu maka patuhilah dan santunilah dia dengan penuh kasih sayang serta kelembutan.

“Kedua, jangan sesekali melakukan perbuatan yang mengakibatkan mereka berkecil hati kerana perlakuan itu termasuk perkara derhaka dan berdosa besar. Rasulullah bersabda maksudnya, “Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa besar,” katanya.

Manakala, kesimpulan ketiga adalah, anak perlu membalas budi ibu semampu dan sedaya mungkin, dengan memberikan hadiah atau menunaikan hajatnya agar mereka bahagia, walaupun secara hakikatnya tidak akan terbalas jasa seorang ibu.

“Keempat berdoalah kepada Allah SWT agar mereka diberikan rahmat, keselamatan dan limpahan kasih sayang yang tidak mungkin mampu diberikan melainkan Allah SWT jua.

“Kelima, sekiranya mereka sudah tiada, maka berdoalah kepada Allah agar mereka dikurniakan rahmat, diampunkan dosa dan dimaafkan segala kesalahan serta kesilapan,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad