web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buli Di Tandas Sekolah: Polis Rampas 6 Telefon Bimbit, Tahan 9 Senior

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 9:33AM

Hasil siasatan di lokasi mendapati kedua-dua kejadian berlaku di sebuah tandas lelaki di sekolah tersebut. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Enam telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek dalam dua kes buli membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah sama di Butterworth, Pulau Pinang, sehingga video kejadian itu tular, dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assistan Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, hasil siasatan mendapati, kes pertama berlaku lebih kurang jam 1 tengah hari, dengan mangsanya, iaitu pelajar Tingkatan Dua, dipukul seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Menurutnya, kes kedua berlaku lebih kurang jam 3 petang membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan 1 dipukul sembilan pelajar senior.

“Kedua-dua mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki tanpa sebarang objek.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati kedua-dua kejadian berlaku di sebuah tandas lelaki di sekolah tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 18 Mei lalu, dua video, masing-masing berdurasi 24 dan 34 saat tular di laman media sosial, dengan memaparkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah dipukul beberapa pelajar lain.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian terbabit berlaku pada hari sama, tetapi membabitkan kes berbeza di sebuah sekolah menengah.

Keesokannya, polis menerima laporan dibuat pihak sekolah dan bapa mangsa.

Mohd Asri berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mencederakan manusia dan akan dijalankan siasatan selepas OTI (order to investigate) diperoleh daripada pihak pendakwaraya.

“Manakala bagi kes kedua, seramai sembilan suspek berjaya ditangkap pada 19 Mei lalu, membabitkan individu berumur 14 hingga 16 tahun, iaitu pelajar Tingkatan Dua sehingga Tingkatan Empat sekolah sama. Mangsa hanya mengenali seorang sahaja daripada suspek terbabit.

“Ujian saringan awal air kencing sudah dijalankan dan didapati kesemua suspek tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menularkan video kejadian berkenaan, memandangkan ia dibimbangi menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat kerana membabitkan pelajar sekolah,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi