web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haji 2023: Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia Selamat Berlepas Ke Tanah Suci

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 9:00AM

Syed Saleh Syed Abdul Rahman beramah mesra dengan seorang daripada jemaah kumpulan pertama negara ke tanah suci. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penantian 248 bakal jemaah Malaysia kumpulan pertama bagi musim 1444H/2023 untuk mengerjakan Haji pada tahun ini, termakbul selepas mereka selamat berlepas ke Tanah Suci pada jam 2.05 pagi tadi.

Kumpulan pertama jemaah yang dilaporkan menaiki pesawat Malaysia Airlines, MH 8056 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 5.50 pagi waktu tempatan (10.50 waktu Malaysia) hari ini.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kumpulan membawa jemaah dari Kedah dan Kelantan itu adalah permulaan kepada penerbangan seterusnya.

“Alhamdulillah kita dapat lihat dan tinjau di sini bahawa jemaah haji kita semua dalam keadaan sihat, bersedia untuk membuat perjalanan pertama ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan dan menasihatkan bakal haji seterusnya supaya sentiasa bersiap sedia menjaga diri dari aspek kesihatan serta keselamatan .

“Mereka juga diingat dan dinasihatkan supaya bersedia dari segi persiapan ilmu supaya apabila mereka berada di Tanah Suci, mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sebaiknya,” katanya menerusi hantaran klip video di Facebook TH, awal pagi tadi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia Penerbangan Pertama (KT01) ke Tanah Suci dianjurkan Lembaga TH di KLIA, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman

Pada majlis itu, pengurusan kanan TH turut beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada bakal jemaah berkenaan, selain membacakan doa secara beramai-ramai.

Selain itu, Syed Saleh turut berpesan kepada semua jemaah haji Malaysia bahawa keadaan cuaca di Tanah Suci amat mencabar, iaitu mencecah suhu 40 darjah celsius ketika ini dan ia dijangka terus meningkat pada hari seterusnya.

Justeru, beliau meminta jemaah menjaga diri dan keselamatan supaya dapat menumpukan perhatian kepada ibadah.

“Haji adalah ibadah yang cukup agung, insyaallah sama-samalah kita doakan bahawa Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita,” katanya.

Seramai 31,600 jemaah haji seperti kuota penuh ditetapkan untuk Malaysia akan menunaikan ibadah itu pada tahun ini.

Penerbangan pertama Malaysia membawa jemaah haji ke Tanah Suci bermula pada 21 Mei, manakala penerbangan pulang terakhir adalah 1 Ogos depan.

Sebanyak 98 penerbangan disediakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia, membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini, berbanding 48 bagi 2022. – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad