web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Dinding Bilik Diterbangkan Angin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:02PM

Kontraktor DBKL melakukan kerja baik pulih selepas satu dinding kayu salah sebuah unit rumah di Perumahan Awam Loke Yew tercabut akibat hujan dan ribut petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri menyifatkan kejadian angin kencang dan ribut di ibu negara petang semalam sehingga mengakibatkan dinding bilik rumah mereka tercabut, sebagai antara yang terburuk pernah berlaku sejak 55 tahun menghuni di Perumahan Awam Loke Yew, di sini.

Mangsa Nazri Nasir, 54, yang merupakan bekas tentera berkata kejadian berlaku terlalu pantas, sehingga beliau dan isterinya tidak sempat menyelamatkan beberapa barangan peribadi seperti pakaian dan barangan perhiasan rumah, daripada turut diterbangkan angin kencang.

Menceritakan kembali kejadian 7.25 malam itu, beliau dan isterinya berada di ruang tamu dan sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Mahgrib dalam keadaan hujan lebat di luar rumah ketika itu, disusuli dengan bunyi angin yang kuat.

“Isteri saya yang masuk ke bilik selepas itu tiba-tiba menjerit meminta tolong, apabila melihat dinding bilik terkopak dan tercabut ditiup angin. Angin terlalu kuat dan kejadian berlaku terlalu pantas sehingga saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan beberapa barangan dalam bilik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya selepas dinding diperbuat daripada kayu tercabut dibawa angin, air hujan mencurah-curah masuk menyebabkan barangan di dalam bilik berkenaan basah terkena tempias dan ‘banjir’.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan hujan lebat dan ribut itu tidak berlarutan serta kembali reda tidak lama selepas itu.

“Isteri saya kemudian keluar meminta bantuan daripada jiran-jiran dan Alhamdulillah saya bersyukur kerana tiada orang awam yang cedera. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah datang membaiki kediaman saya,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya ingin dikenali Juliana, 36, yang merupakan jiran kepada mangsa berkata dia mendengar mangsa menjerit meminta tolong kepada jiran, ketika kejadian ribut berkenaan.

“Ketika ribut saya nampak motosikal yang diletakkan di parkir jatuh kerana angin terlalu kuat dan saya melihat papan (bilik) milik mangsa tercabut,” katanya.

Pada masa yang sama beliau berharap pihak DBKL dapat mengambil inisiatif untuk menukar semua dinding kayu di Perumahan Awam Loke Yew kepada dinding batu, atas faktor keselamatan penduduk.

Beliau berkata kejadian berkenaan bukanlah pertama kali berlaku dan kali terakhir berlaku pada 2014. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad