web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zhao Luang Lebih 2 Jam Lawat Kawasan Pelancongan Di Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 12:07PM

Ab Rauf (dua kanan) menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-14 Zhao Leji di sebuah hotel, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 Zhao Leji meluangkan masa hampir dua jam mengunjungi Jonker Street yang menjadi antara lokasi tarikan utama pelancong di Melaka. 

Dalam lawatannya, Zhao diiringi antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelebang Datuk Lim Ban Hong dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street Datuk Gan Tian Loo, melawat beberapa tempat tarikan pelancong yang terdapat di sekitar Jonker Street. 

Beliau jelas dilihat cukup teruja semasa mengunjungi beberapa lokasi di sini, antaranya Laman Datuk Wira Gan Boon Leong, Taman Warisan Dunia Jonker Walk dan Muzium Cheng Ho. 

Lawatan beliau turut diraikan dengan persembahan alunan muzik tradisional daripada beberapa ahli persatuan kebudayaan serta tarian singa yang diadakan sepanjang jalan dan di pentas utama Jonker Walk.

Tidak ketinggalan Zhao turut menerima cenderahati unik dari Gan iaitu botol yang berisi pasir dari dasar Selat Melaka dan air dari Perigi Hang Li Po di Bukit Cina. 

Kehadiran Zhao dan delegasi dari China itu turut menarik perhatian pelancong yang berada di situ malah beberapa pelancong dari China yang sedang melawat kawasan berkenaan turut teruja melihat pemimpin ketiga tertinggi di negara mereka itu. 

Zhao kemudiannya melawat Muzium Kesenian Baba dan Nyonya sebelum bergerak ke Masjid Selat. 

Di Masjid Selat, Zhao meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk mendengar penerangan daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkenaan keunikan Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan sejak ribuan tahun dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad