web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Imigresen Buka Kaunter Khas Untuk Kelancaran Dokumentasi Jemaah Haji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:35PM

Pelaksanaan 'Makkah Route' membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang Arab Saudi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jabatan Imigresen akan membuka 10 kaunter khas mulai Ahad ini hingga 21 Jun bagi melancarkan proses dokumentasi jemaah haji Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Ruslin berkata seramai 30 anggota imigresen akan ditugaskan secara syif sepanjang tempoh tersebut.

“Pembukaan kaunter khas di Gate C17 ini adalah suatu inisiatif bagi memberi keselesaan kepada jemaah haji tanpa perlu bersesak-sesak dengan penumpang lain. Ini termasuk dalam Program Pra-Pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ yang melibatkan Jabatan Imigresen dan kastam Arab Saudi,” katanya.

Katanya, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Arab Saudi melalui 102 penerbangan mulai Ahad ini.

Pelaksanaan 'Makkah Route' membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.

Menerusi inisiatif itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Malaysia merupakan negara pertama yang terpilih untuk melaksanakan program perintis bagi inisiatif 'Makkah Route' pada 2017 dan ia diteruskan hingga kini.

Ruslin berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap persediaan anggota dan peralatan di kaunter terbabit dan akan ditambah baik sekiranya diperlukan kelak.

“Kita tidak mahu jemaah haji sesak di kaunter khas kita dan menyebabkan urusan imigresen di pihak Arab Saudi terganggu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad