web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komitmen, Dukungan Berterusan Perkasa Wanita Dalam Ekonomi, Kewangan Dan Sosial - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:26PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak kerusi roda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berkenan menghadiri dan merasmikan Majlis Perasmian 30th edition of the Associated Country Women Of The World (ACWW) Triennial World Conference 2023 hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan komitmen dan dukungan berterusan kepada segala usaha memperkasa kaum wanita khususnya dalam sektor ekonomi, kewangan dan sosial, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang menghadiri majlis perasmian pembukaan edisi ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Putrajaya hari ini berkata menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dirangka, beliau percaya wanita akan terus diberi peluang yang adil dan saksama untuk berjaya dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata keberadaan ACWW sebagai wadah pertemuan dan wacana bagi wanita-wanita dari pelbagai negara merupakan sumber inspirasi yang terbesar.

"Saya mengharapkan (melalui) kerjasama serta pertukaran idea ini kita dapat memperluas ruang gerak dan peluang untuk memajukan hak dan kepentingan wanita di dunia dan khususnya di Malaysia. Semoga  persidangan ini berjalan dengan lancar dan sukses sepenuhnya.

Teruskan usaha mulia kalian dalam membawa wanita ke tahap yang lebih tinggi dalam masyarakat. Kejayaan wanita adalah kejayaan negara dan dunia. #MalaysiaMADANI," kata Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada ACWW atas usaha dalam memartabatkan serta meningkatkan kedudukan wanita di peringkat global.

Majlis perasmian persidangan itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ACWW diasaskan pada 1929 untuk mengumpulkan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi mereka termasuk pengasingan dalam komuniti, diskriminasi dan kekurangan penglibatan mereka dalam proses politik.

Keahlian ACWW merangkumi 82 negara dan sejak 1947, persatuan itu telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular.

Persidangan tahun ini yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei ini menghimpunkan kira-kira 500 ahli ACWW dari seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini