web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Denggi Di Kedah Meningkat 356.5 Peratus Setakat 13 Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 6:31PM

Dr Mohd Hayati Othman berkata susulan peningkatan jangkitan denggi di negeri itu, pembabitan masyarakat adalah mustahak dalam mengawal wabak dan peningkatan kes - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kes denggi di Kedah meningkat 356.5 peratus dengan 1,639 kes dicatatkan sehingga 13 Mei tahun ini, berbanding 359 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata terdapat satu kematian dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-19 dan merupakan kes kematian pertama akibat denggi di Kedah pada tahun ini.

“Kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 56 di daerah Kubang Pasu yang juga menghidap beberapa penyakit kronik termasuk buah pinggang dan darah tinggi. Ini merupakan kematian pertama disebabkan oleh denggi di Kedah.

“Sehingga 13 Mei, sebanyak 161 wabak direkodkan berbanding 38 bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada jumlah wabak denggi yang dilaporkan itu, 124 wabak sudah tamat, 35 masih aktif dan dua wabak yang berlanjutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga 13 Mei juga, sebanyak 124,815 premis telah diperiksa dan 2,668 kompaun dengan nilai lebih RM1.3 juta dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes.

Dr Mohd Hayati berkata susulan peningkatan jangkitan denggi di negeri itu, pembabitan masyarakat adalah mustahak dalam mengawal wabak dan peningkatan kes.

“Masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing.

“Kerajaan negeri berharap semua pihak dapat bersama-sama mengambil tindakan pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mencegah jangkitan demam denggi daripada terus merebak dan menyebabkan kematian,” katanya.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 6 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad