web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tiada Sesiapa Dikecualikan’, Chris Martin Ajak Semua Datang Ke Persembahan Coldplay

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 5:59PM

Chris Martin (dua dari kiri) berkata, dia bersyukur akhirnya berpeluang membuat persembahan di Malaysia buat kali pertama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita kehadiran Coldplay untuk mengadakan persembahan di negara ini berdepan pelbagai respon dengan sebahagiannya menerima secara positif, manakala segelintir tidak begitu bersetuju.

Menjelang persembahan mereka di Kuala Lumpur pada 22 November ini, vokalis kumpulan muzik antarabangsa itu, Chris Martin, ditemu bual penyampai radio dari Hitz FM, Anne Jacyntha dan Arnold Loh.

Martin berkata, dia bersyukur akhirnya berpeluang membuat persembahan di Malaysia buat kali pertama ketika dimaklumkan penyampai itu bahawa negara ini berdepan cuaca panas dan lembap.

Penyampai itu juga memperkenalkan kepada Martin beberapa perkataan Melayu, seperti ‘apa khabar’ dan bahasa yang popular digunakan dalam kalangan belia.

“Saya berasa sangat teruja, saya berasa sangat bersyukur. Kami sangat bertuah dengan apa kami dapat lakukan dan satu daripada impian kami kali ini adalah datang ke tempat yang belum pernah kami kunjungi sebelum ini.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami impikan untuk datang sejak sekian lama dan saya sangat gembira serta teruja kerana kami dapat datang dan melawat tempat ini,” tambahnya.

Memandangkan Music of the Spheres diilhamkan daripada filem Star Wars, Martin turut menjelaskan cintanya terhadap francais itu, khususnya Star Wars: A New Hope.

“Bagi kita semua sebagai kanak-kanak, itulah kali pertama anda melihat konsep planet lain di dunia lain. Dan sudah tentu, mesej asas dan mesej asas album kami ialah anda tidak perlu takut akan kelainan atau berbeza.

“Bagi saya, ia membuka imaginasi dan penerimaan sebenar saya terhadap orang serta makhluk lain,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mempunyai sebarang ucapan untuk peminatnya di Malaysia, Martin optimis, sekali gus seperti meredakan sebarang kontroversi menyelubungi rancangan mereka mengadakan persembahan di negara ini.

“Setiap kali saya bertemu rakyat Malaysia, saya dapat rasakan rasa kasih sayang dan kemesraan. Semua orang dialu-alukan ke persembahan kami. Kami sayang semua orang, semua jenis orang, semua agama.

“Semua pemimpin, semua pengikut, tiada siapa terkecuali. Kami benar-benar mahu anda datang ke persembahan kami dan bebas untuk menjadi diri sendiri, selain membiarkan semua orang menjadi diri mereka sendiri.

“Sesiapa yang tidak gembira kami datang, kami minta maaf, tetapi kami tetap menyayangi anda,” akhiri Martin. – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Coldplay Bermain Pantun, Satu Stadium Kecoh

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik