web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Asli Aring 5 Dakwa Harimau Berkeliaran Berhampiran Kampung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 4:06PM

Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5 di sini, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5 di sini, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.

Seorang penduduk Ayob Abdul Razak, 35, mendakwa dia bersama rakan-rakannya menemukan kesan tapak kaki binatang tersebut di kawasan sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung tersebut.

“Beberapa hari lepas, kira-kira 11.30 pagi saya bersama dua rakan hendak pergi mandi di sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung dan jumpa kesan tapak kaki harimau. 

“Kami yakin itu kesan tapak kaki harimau. Saya ambil gambar dan hantar dalam kumpulan WhatsApp dan minta orang kampung supaya berhati-hati untuk ke sungai atau bila keluar rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aring 5 Mohd Fazli Mamok turut mendakwa penduduk kampung terjumpa kesan tapak kaki harimau di kawasan ladang kelapa sawit di kampung tersebut.

"Ada penduduk yang ternampak harimau berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit terletak kira-kira 400 hingga 600 meter dari kampung ini," katanya.

Sementara itu Tok Batin Aring 5, Raina Anjang berharap agar kehadiran haiwan liar terbabit berhampiran kawasan penempatan mereka mendapat perhatian dan tindakan dari pihak berkuasa.

“Saya mengalu-alukan tindakan selanjutnya supaya binatang buas ini boleh ditangkap. Sebab bimbang dengan keselamatan orang kampung, saya dah berbincang tidak membenarkan mereka masuk bekerja dalam hutan selagi tidak dapat harimau tersebut. 

“Harapan saya supaya harimau ini ditangkap kerana kalau kita biar sepanjang masa jadi begini susah orang kampung mencari makan,” katanya. 

Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata pihaknya sekali lagi memohon perhatian dari pihak berkaitan supaya tindakan segera diambil berhubung perkara tersebut.

“Kita sudah bawa isu berkaitan ancaman hidupan liar terhadap masyarakat Gua Musang sebelum ini, insya-Allah pada Sidang Dewan Rakyat pada 22 Mei nanti kita kemukakan semula isu ini dengan kementerian terbabit," katanya.

Pada 9 Mei lepas, seorang penduduk Kampung Aring 5, Halim Asin, 27, menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, lapan tahun di Sungai Aring. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan Pemandu Pecah Cermin Kenderaan Di Lebuh Raya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar