web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Umum Peruntukan Tambahan Baik Pulih Asrama SMKA Dato Haji Abu Hassan Sail Yang Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 3:51PM

Anwar Ibrahim berkata peruntukan sebelum ini yang diluluskan hampir RM3 juta dan dengan penambahan itu jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah RM3.89 juta - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan membaik pulih asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Sail di sini yang terbakar pada 31 Julai tahun lepas.

Perdana Menteri berkata peruntukan sebelum ini yang diluluskan hampir RM3 juta dan dengan penambahan itu jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah RM3.89 juta.

“…kelulusan peruntukan sebelum ini hampir RM3 juta namun melihat keadaan asrama, bumbungnya dan surau pastinya (peruntukan) tidak mencukupi. Kementerian Kewangan akan beri kelulusan khas agar kerja baik pulih dapat dipercepatkan

“Kita lihat sekolah ini tidak daif tetapi dari segi prasarana tentunya sederhana, asrama itu (sedia ada) alami kesesakan, namun mereka (pelajar) masih mampu memberikan komitmen dan dedikasi untuk belajar,” kata beliau semasa berucap selepas melawat sekolah itu hari ini.

Terdahulu Anwar turut meninjau keadaan pasca insiden kebakaran tingkat tiga asrama berkenaan.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan lain berjumlah RM310,000 untuk membaik pulih fasiliti seperti bilik guru dan surau sekolah tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhamad Hasan dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sementara itu, Anwar turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Dr Hj Mohammad Eusuff Teh Kariah Pedas Hilir, di sini. 

Beliau yang tiba pada 1.20 tengah hari kemudiannya bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk 'Guru Mendidik Generasi Berakhlak' sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei lepas.

Sebelum pulang, Perdana Menteri turut meluangkan masa bersalam dan beramah mesra dengan jemaah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar