web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jutaan Pencarum KWSP Bergelut Bina Semula Simpanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 3:44PM

4.6 juta pencarum atau 59 peratus sudah mengisi semula tabungan mereka dengan perkembangan simpanan bersihnya berjumlah RM26.1 bilion dalam tempoh lapan bulan, selepas membuat pengeluaran melalui skim itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 3.1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran menerusi empat skim tabung itu masih belum mengisi semula simpanan persaraan mereka.

KWSP berkata, 39 peratus daripada 8.1 juta pencarum yang memilih skim pengeluaran itu kini, hanya mempunyai purata simpanan RM890, lapor Utusan Malaysia.

Daripada 8.1 juta pencarum, 0.3 juta atau empat peratus berumur 55 tahun ke atas yang sudah melayakkan mereka membuat pengeluaran penuh dana KWSP.

Manakala 4.6 juta pencarum atau 59 peratus sudah mengisi semula tabungan mereka dengan perkembangan simpanan bersihnya berjumlah RM26.1 bilion dalam tempoh lapan bulan, selepas membuat pengeluaran melalui skim itu.

Bagaimanapun, peratusan ahli KWSP yang akan mencapai simpanan asas sebanyak RM240,000 pada usia 55 tahun menurun dengan ketara, iaitu daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022.

Sehubungan itu, Profesor Madya Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Abu Sofian Yaacob berkata, ramai pencarum KWSP bergelut untuk menambah dana setahun selepas memilih skim pengeluaran terkini.

Beliau menambah bahawa adalah tidak praktikal untuk membenarkan skim pengeluaran kelima, terutama bagi mereka yang mempunyai simpanan sangat rendah dalam akaun KWSP semasa mereka.

Semalam, dilaporkan KWSP tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu untuk mengadakan skim pengeluaran kelima.

Ketua Pegawai Strateginya, Nurhisham Hussein berkata, hanya pengeluaran daripada tiga skim pertama, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, benar-benar digunakan untuk menampung keperluan dan membayar pinjaman tertunggak.

Tambahnya, skim keempat yang diperkenalkan semasa Aidilfitri tahun lalu yang berjumlah lebih RM40 bilion, bukan untuk membayar barangan keperluan, tetapi digunakan bagi pelaburan, antaranya emas.

Isu skim kelima KWSP dijadikan isu politik, tetapi kerajaan tetap bertegas untuk tidak membenarkan sebarang pengeluaran susulan.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2023 menegaskan, pencarum KWSP yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 dalam Akaun 1 akan diberi suntikan sekali bayar sebanyak RM500 oleh kerajaan.

Ini memberi manfaat kepada hampir dua juta pencarum kerana ia terhad kepada mereka yang berumur antara 40 hingga 54 tahun.

Di samping itu, kerajaan sudah membenarkan ahli KWSP membuat pinjaman bank menggunakan caruman mereka sebagai sokongan.

Jumlah kelayakan untuk pembiayaan peribadi adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun 2, dengan pembiayaan minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000.

Permohonan dibuka selama satu tahun, membolehkan ahli mempunyai masa mencukupi untuk memohon awal bagi umur 50 tahun atau pengeluaran bersyarat umur 55. – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar