web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Jadikan Selangor Serambi Keilmuan Islam, Kerajaan Negeri Alukan Kehadiran Ulama’, Sarjana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 3:33PM

Amirudin Shari bersama Syeikh Dr. Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab - Gambar Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program keilmuan dan usaha penterjemahan kitab yang sentiasa berlangsung di Selangor, membuktikan kesungguhan komitmen kerajaan negeri berkenaan dalam memantapkan syiar Islam serta menjulang Kesarjanaan Islam The Knowledge Triumphant.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, melalui program dan penyebaran ilmu seperti itu. kerajaan Selangor juga dapat menzahirkan hubungan Ulama’ dan Umara’ yang erat.

Katanya, selaku Menteri Besar Selangor, beliau mengalu-alukan kehadiran ulama’ serta sarjana Islam dari dalam dan luar negara ke negeri berkenaan demi menyemarakkan lagi syiar Islam.

“Mewakili rakyat Selangor, saya berbesar hati dengan kehadiran Syeikh Dr Ali Jum’ah, Habib Umar bin Hafidz, Profesor Dr Aqil Siroj, Dr Nadirsyah Hosen, Baba Ismail dan Baba Ghazali yang akan memeriahkan serta menyempurnakan Festival Turath Islami bakal dianjurkan kerajaan negeri dari 20 hingga 25 Mei ini.

Poster Festival Turath Islami Selangor - Gambar Facebook Amirudin Shari
Poster Festival Turath Islami Selangor - Gambar Facebook Amirudin Shari

“Saya juga mengalu-alukan kehadiran tokoh pendakwah seumpama Mufti Menk, Wael Ibrahim dan Dr Muhammad Salah ke negeri ini.

“Saya memanjatkan doa kepada Allah agar rakyat dan negeri ini mendapat manfaat serta barokah dengan kehadiran ulama’ serta da’i terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Selangor mengambil kesempatan menyertai festival berkenaan.

Festival itu, katanya, mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ ‘Ulumudin, karya Imam Al-Ghazali.

Ujarnya, ia sekali gus menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab itu buat kali pertamanya dalam Bahasa Melayu yang akan dilaksanakan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

“Program ini merangkumi lapan komponen, termasuk Daurah Afkar Ihya’ ‘Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya’ ‘Ulumuddin serta interaksi bersama pemegang taruh, seperti pimpinan pendidikan, ahli akademik, graduan universiti dan disempurnakan dengan program Muzakarah Ulama Umara.

“Saya bercita-cita program sebegini akan menjadikan Negeri Selangor gemilang bergemerlapan sebagai Serambi Keilmuan Islam,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad