web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Habuan Lulus Tuntutan Insentif Penjana Kerjaya, Penjawat Awam Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:00AM

Lelaki itu dikatakan menerima ribuan ringgit sebagai habuan untuk membantu meluluskan tuntutan berjumlah RM1.3 juta oleh syarikat terbabit. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam selepas disyaki menerima habuan daripada pemilik syarikat berhubung tuntutan dana insentif program Penjana Kerjaya.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan menerima ribuan ringgit sebagai habuan untuk membantu meluluskan tuntutan berjumlah RM1.3 juta oleh syarikat terbabit.

Suspek juga dipercayai menerima habuan itu pada 2021 hingga 2022 menerusi seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat berkenaan.

Sumber berkata, suspek ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada Selasa lalu, seramai 47 pengarah syarikat ditahan reman di beberapa negeri susulan kes tuntutan palsu dana program Penjana Kerjaya selepas ditahan melalui Ops Hire 2.0 yang digerakkan SPRM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Malah kelmarin, kira-kira 13 lagi ditahan melalui operasi sama dengan beberapa lagi menyusul semalam.

Terdahulu, SPRM turut mengesahkan ratusan lagi syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes tuntutan palsu berkaitan dana Penjana Kerjaya.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya memberi kata dua kepada syarikat terbabit untuk tampil menyerah diri atau berdepan tindakan tegas.

Beliau turut memberi jaminan bahawa sesiapa yang terbabit untuk tampil secara sukarela dan menyerahkan semula tuntutan yang sudah buat, tidak akan dipertuduh di Mahkamah.

“Bagi mereka yang masih berdegil maka mereka akan dikenakan tindakan yang lebih serius,” katanya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad