web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kalimah Allah: PDRM Serah Kepada Kerajaan Selesaikan - Acryl Sani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 6:44PM

Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu kalimah Allah sebaik mungkin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu kalimah Allah sebaik mungkin.

Katanya, beliau percaya akan ada taklimat membabitkan Majlis Raja-Raja berhubung isu berkenaan.

“Saya percaya isu tersebut (kalimah Allah) sudah pun diselesaikan dengan baik dan saya rasa eloklah kita selesaikan di situ dan tidak ada isu timbul.

“Kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk selesaikan perkara ini kerana kita percaya akan ada satu taklimat pada mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung perkembangan isu penggunaan kalimah Allah sempena Majlis Minum Petang PDRM Bersama Media di Bukit Aman hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah’ dan tiga perkataan Arab lain, iaitu ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, tindakan KDN tidak meneruskan semakan kehakiman kes membabitkan Jill Ireland lawan kerajaan Malaysia disebabkan berlaku ‘percanggahan’ antara keputusan dibuat Kabinet pada 1986 dengan Arahan Pentadbiran yang kemudiannya, dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama.

Beliau berkata, percanggahan itu dikesan sewaktu proses permohonan rayuan kes itu sedang berjalan, selain memperhalusi secara teliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021.

Katanya, untuk makluman, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat dengan menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran, iaitu isu berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu, bukannya dari sudut teologi ataupun apa jua yang melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Ujarnya, ia kerana fungsi mahkamah itu sendiri adalah tidak bersesuaian untuk memutuskan hal-ehwal berkaitan agama secara spesifik.

Justeru, Saifuddin Nasution berkata, dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021, jelas bahawa hakim membuat keputusan berdasarkan pendekatan secara pentadbiran dan tidak menyentuh mengenai penggunaan kalimah Allah.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.

Menerusi kenyataannya, Anwar berkata, ia bagi menyelesaikan isu kalimah Allah secara menyeluruh dan bersepadu.

Katanya, kerajaan juga komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia. - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan