web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PENJANA: Seorang Lagi Pemilik Syarikat Ditahan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 4:05PM

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan dalam Op Hire 2.0 di seluruh negara kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara atas talian kepada PERKESO - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berkaitan dana di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (PENJANA).

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan dalam Op Hire 2.0 di seluruh negara kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara atas talian kepada PERKESO.

Perintah reman dua hari bermula hari ini sehingga esok terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Sumber berkata, suspek adalah pemilik syarikat dan dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira  RM370,000 sekitar tahun 2020 sehingga 2021.

Tambah sumber lagi, lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor sekitar jam 1 tengah hari semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 471 kanun Keseksaan.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan reman tiga individu dari dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada PERKESO di bawah program PENJANA.

Penahanan mereka bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Penahanan reman suspek hari ini menjadikan individu yang ditahan sehingga kini berjumlah empat orang. – Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad