web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belia Perlu Miliki Visi Jadi Juara Dunia, Bukan Dijerat Isu Perkauman 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:03AM

Lim Kit Siang berkata semua masyarakat tidak akan mampu memiliki keamanan, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik serta agama di Malaysia, jika komuniti seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan percaya wujud rancangan jahat untuk menghapuskan kaum mereka. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Golongan muda di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama perlu mempunyai visi untuk menjadi juara dunia, bukan membiarkan diri mereka tersangkut dengan isu perkauman serta keagamaan dari masa lalu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, semua masyarakat tidak akan mampu memiliki keamanan, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik serta agama di Malaysia, jika komuniti seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan percaya wujud rancangan jahat untuk menghapuskan kaum mereka.

Katanya, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik serta agama di Malaysia juga tidak akan wujud sekiranya penganut pelbagai agama percaya agama mereka berada dalam kedudukan bahaya dan diancam penghapusan.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“Malaysia juga tidak akan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia,” katanya menerusi coretan di blog.

Kit Siang berkata, tidak wujud rancangan jahat untuk menghapuskan mana-mana kaum atau agama di Malaysia.

Sebaliknya, perkara itu tegas beliau, hanya wujud di dalam imaginasi dan retorik dalam kalangan mereka yang mahu sesuatu kaum atau agama itu saling membenci.

“Ia akan wujud apabila ada pihak mahu membuatkan satu kumpulan agama mempersoalkan persefahaman dan toleransi kumpulan agama lain.

“Perkara ini bertentangan dengan dua matlamat prinsip Rukun Negara, iaitu ‘Mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya’ serta ‘Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak’,” katanya.

Kit Siang berkata, Parlimen yang bakal bersidang selama tiga minggu bermula Isnin depan, menjadi peluang terbaik untuk menggerakkan usaha penyatuan negara.

Menurutnya, usaha itu boleh dilakukan dengan memastikan kesemua 222 Ahli Parlimen menyokong dan mengiktiraf kepentingan lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Perkara ini jelas beliau, akan menjadi ujian semangat patriotisme dan nasionalisme Ahli Parlimen terhadap konsep Malaysia seperti dibayangkan tokoh kemerdekaan negara, termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga Presiden UMNO. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar