web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Air Di Perlis Mencukupi - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 1:10PM

Empangan Timah Tasoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air di negeri ini mencukupi walaupun cuaca panas melanda seluruh negara ketika ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata paras bekalan air di Empangan Timah Tasoh mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat.

"Saya dimaklumkan bekalan air di Empangan Timah Tasoh boleh menampung keperluan untuk jangka masa dua bulan lagi jika cuaca panas terus berlarutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rakyat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ke-80 di Dataran Dato' Sheikh Ahmad hari ini.

Antara sukan rakyat yang dianjurkan sempena program itu ialah pertandingan sepak regu, pertandingan tendangan penalti dan lain-lain.

Selain itu Mohd Shukri menasihati orang ramai agar meminum air secukupnya dan tidak terlalu lama terdedah dengan cuaca panas yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Saya ingin berpesan kepada pesawah agar tidak berada terlalu lama di bawah cuaca panas dan begitu juga dengan seluruh rakyat negeri ini," katanya.

Ditanya pemberita tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri jika pusat mengumumkan darurat cuaca panas, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Syarikat Air Perlis (SAP) sedang melakukan kajian keperluan untuk memasang telaga tiub untuk keperluan rakyat.

"Kita akan pasang telaga tiub berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan orang ramai dapatkan bekalan air dan jumlah telaga tiub serta lokasi masih dalam peringkat kajian," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad