web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Platform Sains Terbuka Malaysia Dilancarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:44AM

Fadillah Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan semalam bagi merpatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, serta meningkatkan keupayaan inovasi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapannya semasa pelancaran berkata menerusi MOSP, Malaysia akan dapat menyegerakan penyelesaian dan mempercepatkan penyelesaian walaupun dengan sedikit penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.

Beliau berkata MOSP juga boleh memupuk kerjasama pelbagai disiplin dan antarabangsa serta menjimatkan sumber dengan mengurangkan pertindihan dan pembiayaan semula projek penyelidikan yang serupa.

“Saya yakin sains terbuka akan menjadi bahan penting dalam ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang akan membuka masa depan baharu bagi landskap penyelidikan di Malaysia,” katanya.

MOSP yang boleh diakses melalui mosp.gov.my adalah platform perkongsian data penyelidikan mentah yang dimulakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Inisiatif perintis telah diuruskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sejak 2019

Fadillah berkata MOSP berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam sains terbuka dan inovasi yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan keseluruhan dan daya saing negara dalam ekonomi global.

Beliau berkata pada masa ini melalui MOSP, 10 bidang penyelidikan ditampilkan di platform berkenaan yang merangkumi sains biologi, kimia dan matematik; kejuruteraan fizik dan sains bahan dan veterinar pertanian dan sains makanan.

Antara bidang penyelidikan lain ialah sains komputer, teknologi maklumat dan telekomunikasi; perubatan dan sains kesihatan; persekitaran iklim dan biodiversiti serta tenaga.

Fadillah berkata adalah wajar wujudnya rasa bimbang mengenai pembukaan dan perkongsian data dengan pihak lain, kerana dikhuatiri penyelidikan seseorang nanti digunakan oleh orang lain.

“Bagi mengatasi perkara ini, penggubalan Garis Panduan Sains Terbuka untuk Penyelidikan Dibiayai Awam bagi memastikan perkongsian data dilakukan dengan selamat adalah penting, bagi menenangkan semua komuniti penyelidik,” katanya.

Fadillah berkata beliau percaya garis panduan ini juga harus diterima pakai sebagai subset Dasar Perkongsian Data Negara di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital,” tambahnya.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu Fadillah berkata melalui MOSP, komuniti penyelidik, akademik dan pemain industri kini boleh berkongsi dan berkolaborasi bagi mempercepatkan perkembangan inovasi dan kreativiti. 

“Ini dapat menyegerakan pengkomersialan apabila industrial players boleh tengok apa yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

oleh Sophia Ahmad