web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kasari Bayi: JKM Tutup Operasi Taska Tidak Berlesen Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:04AM

Khairin Nisa Ismail @ Md On (kanan) bersama anggota JKM Johor membuat tinjauan dan pemantauan ke atas sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai yang tular berikutan isu mengasari dua bayi, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menutup serta-merta operasi sebuah taska yang dipercayai terlibat dalam kes mengasari dua bayi di Mutiara Rini, Skudai, selepas disahkan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.

Beliau yang meninjau taska berkenaan pagi semalam, turut bertemu pengusaha taska dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

“Saya dapati taska berkenaan masih belum mendapatkan lesen daripada JKM kerana belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba.

“Kalau belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini pun kita dah nasihat supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

“Justeru, ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan dilak serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya ketika dihubungi.

Sabit kesalahan, pengusaha boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Khairin-Nisa berkata pengusaha dipercayai telah memohon lesen awal tahun ini dan telah beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menyemak sendiri dengan JKM sama ada sesebuah taska mempunyai lesen atau tidak. 

Terdahulu, tular dua video menunjukkan pengasuh di sebuah taska mengasari bayi dan susulan itu, seorang wanita dipercayai pengasuh terbabit direman selama empat hari mulai semalam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek