web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangani Isu Air; Kerajaan Koordinasi Peranan Jabatan, Agensi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 9:54PM

Ahmad Zahid Hamidi berbincang sesuatu bersama pengurusan MADA ketika meninjau keadaan paras air di Empangan MUDA Sik di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah merancang beberapa langkah meminimumkan kesan cuaca panas kepada pengguna air domestik, industri dan pertanian, termasuk mengkoordinasikan peranan kementerian, jabatan dan agensi, selain kerajaan negeri

"Monsun Barat Daya yang bermula semalam hingga akhir September, keprihatinan kami (kerajaan) adalah terhadap kekurangan air disebabkan musim kemarau yang melibatkan pengguna domestik, pertanian dan industri.

"Ini adalah kerana jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita dapati bahawa kadar luruan hujan akan berkurangan disebabkan Monsun Barat Daya, maka langkah-langkah telah dilakukan antara kerajaan pusat khususnya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini takungan air di Empangan Muda di sini hari ini.

Katanya koordinasi juga akan dilakukan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta syarikat pembekal atau badan pengurusan air di peringkat negeri bagi memastikan bekalan air untuk ketiga-tiga kategori pengguna tersebut mencukupi.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata terdapat tujuh sumber air iaitu dua di Kedah, dua di Perak, dua di Selangor dan satu di Sarawak yang dijangka akan terjejas pada musim panas Monsun Barat Daya ini.

Beliau berkata kerajaan menerusi bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melakukan pembenihan awan di kawasan-kawasan tersebut sekiranya keadaan bertambah buruk. 

Mengulas mengenai situasi di Empangan Muda, beliau berkata empangan itu ialah sumber air utama untuk Kedah dan Pulau Pinang yang sebahagian besarnya meliputi sektor pertanian.

"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) yang mempunyai takungan yang setakat ini mencukupi untuk kegunaan-kegunaan tertentu, menyalurkan air melalui terowong sejauh 6.8 kilometer dari Empangan Muda ke Empangan Pedu selain Empangan Beris juga.

"Ini satu langkah yang akan dikoordinasikan dengan kerajaan negeri, MADA, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain yang berkaitan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad