web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Tidak Sangka Rai Aidilfitri Terakhir Bersama Ibu Dan 4 Beradik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 6:00PM

Unit Forensik diselubungi suasana pilu apabila Ahmad Danish Basyir dan adiknya Siti Nur Khadijah, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Ahmad Danish Basyir Nasaruddin,16, tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar pagi tadi.

Malah remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.

"Pada mulanya saya tidak percaya, ingatkan kakak saudara saya bergurau tetapi apabila guru sekolah saya beritahu, baru saya percaya dan datang ke sini (hospital)," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kampar di sini hari ini.

Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, berkata kali terakhir bertemu dengan ibunya Azriyani Abdul Latif serta adik-beradiknya adalah pada cuti sekolah sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Semasa (arwah) ibu menghantar ke asrama semula (selepas cuti persekolahan berakhir), ibu pesan jaga diri di asrama, jangan buat masalah. Itulah kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengannya.

"Saya selalu tidur sekali dengan adik bongsu (Ahmad Uwais Qorni) apabila pulang ke rumah, saya memang rapat dengannya," kata anak keempat daripada lapan beradik itu.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di Unit Forensik diselubungi suasana pilu apabila Ahmad Danish Basyir dan adiknya Siti Nur Khadijah, 14, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain.

Dua lagi abang remaja itu ialah Muhammad Ilham, 20, dan Ahmad Hazim Zuhdi, 21.

Ketika kejadian, Azriyani, 45, serta empat lagi anaknya - Ahmad Uwais Qorni, 5, Muhammad Fawwaz, 7, Siti Nur Aminah, 8, dan anak sulung, Muhammad Azib, 23, yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kampung Changkat Petai, Tapah Road.

Difahamkan, Azriyani pulang ke rumah ibu bapanya untuk membawa bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tapah hari ini namun tidak berkesempatan apabila terkorban dalam kemalangan tersebut.

Lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Proton Saga maut apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler muatan pasir di KM310. 2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 2.42 pagi tadi.

Azriyani dan tiga anaknya maut di tempat kejadian dan mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar manakala seorang lagi anaknya Muhammad Fawwaz meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad