web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Beradik Antara 4 Maut Nahas Kereta Dan Lori Di Kampar Awal Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 9:07AM

Tiga beradik dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tanah dan Proton Saga di KM310.2 di Lebuhraya Plus arah selatan awal pagi tadi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga beradik dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tanah dan Proton Saga di KM310.2 di Lebuhraya Plus arah selatan awal pagi tadi. 

Mangsa yang maut ialah Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5; Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Muhammad Azib Nasaruddin, 23, serta seorang wanita Azriyani Abdul Latif, 45. 

Seorang lagi penumpang dalam kereta itu, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, iaitu adik-beradik kepada mangsa maut, cedera parah manakala pemandu lori dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihak bomba menerima panggilan kira-kira 2 pagi berhubung insiden itu.

Mohamadul Ehsan berkata Proton Saga itu telah melanggar bahagian belakang lori muatan tanah dan terbakar di bahagian bonet kenderaan. 

"Empat mangsa telah disahkan maut oleh pegawai Kementerian Kesihatan manakala seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Kampar oleh pasukan kecemasan EMRS. 

"Terdapat mangsa yang maut telah melecur di beberapa anggota badan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad