web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boleh Buat Temu Janji Klinik Pergigian Di MySejahtera Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:27PM

Orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa melalui aplikasi MySejahtera. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sistem Janji Temu secara atas talian melalui aplikasi MySejahtera di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan pergigian bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, peluasan itu akan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’ yang masih lagi diteruskan.

Menurutnya, melalui inisiatif itu juga, orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa.

“Peluasan Sistem Janji Temu MySejahtera baharu ini menawarkan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian melalui Perkhidmatan Pesakit Luar.

“Melalui peluasan sistem ini juga, KKM akan memperkenalkan fungsi ‘Automated Reminder’ melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama tersebut.

Katanya, jika rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan.

“Bagaimanapun, bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi menegaskan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati sebanyak 15 peratus
daripada penduduk Malaysia tidak pernah mendapatkan pemeriksaan gigi dengan pengamal pergigian seumur hidup mereka.

Sebanyak 50 peratus daripada penduduk Malaysia pula katanya, hanya mendapatkan pemeriksaan pergigian yang terakhir mereka lebih dari dua tahun lepas.

“Situasi ini amat membimbangkan kerana kejadian penyakit gusi dan karies gigi dalam kalangan dewasa masih tinggi dengan masing-masing 90 dan 89 peratus menurut Tinjauan Kesihatan Mulut Kebangsaan Untuk Golongan Dewasa 2010,” katanya.

KKM jelas beliau lagi, sentiasa komited dalam usaha mendigitalkan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 - 2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Susulan itu, katanya, Pendigitalan Sistem Janji Temu Perkhidmatan Kesihatan Pergigian melalui aplikasi MySejahtera ini berpotensi meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara serta tahap kesihatan pelanggan.

“Ia mengukuhkan penjagaan kendiri (self-care) dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian.

“KKM menyeru orang ramai bersama-sama meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui inisiatif ini agar taraf kesihatan
pergigian rakyat sentiasa selari dengan kemajuan sosio-ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi