Berita Terkini

51 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 52 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti 3W Seiring Perubahan Media Semasa - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:07PM

Fahmi Fadzil (tengah) bersama Roslan Ariffin dan Mastura Ahmad Mustafa (kiri) ketika Majlis Pra Pelancaran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti situasi 3W atau 3 Win iaitu ‘menang-menang-menang' antara organisasi media, pengamal media dan pembaca, selari dengan perubahan dan perkembangan media hari ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata situasi itu perlu diteliti berikutan perubahan pola pembacaan termasuk kandungan di media sosial yang merupakan cabaran hari ini. 

"Media hari ini suasana sangat beza banding dahulu, dulu mudah ada media cetak dan penyiaran sahaja, tapi sekarang ada beberapa isu berbeza. Ada media sosial dan wartawan awam yang mana sesiapa sahaja ada telefon bimbit boleh jadi rakan media sehingga menyebabkan organisasi media menghadapi tekanan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.

 Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Fahmi menjelaskan menerusi pendekatan 3W itu, kerajaan akan cuba membantu organisasi dan pengamal media yang mungkin terpaksa mengubah model perniagaan seiring perkembangan semasa agar dapat meneruskan kelangsungan dalam industri. 

Pada masa sama katanya, kerajaan juga mengambil berat mengenai keperluan pembaca di media sosial sekiranya mereka perlu membayar kandungan berita yang dibaca dimedia sosial.

"Bukan semua bahan berita itu ‘content’ dan bukan semua ‘content’ itu berita, ia ada kesan kepada ekonomi, maka sebagai kerajaan kita prihatin dengan perkembangan ini dan sedia bekerjasama dengan industri untuk mencari jalan membantu rakan media. 

“Adakah dengan membayar, pembaca akan baca berita? Jadi perdebatan itu saya percaya masih berjalan. Tapi jelas banyak media juga mula berubah strategi, tapi pembacanya mahukan maklumat maka kita harap sekiranya pihak kerajaan dapat meneliti perkara ini akan wujud satu keadaan win, win, win (menang)," kata Fahmi. 

Semasa ditanya kemudiannya jika kerajaan akan mengenakan bayaran kepada platform media sosial untuk kandungan berita seperti yang dilaksanakan di Australia dan Kanada, Fahmi berkata pihak kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkembangan di kedua-dua negara itu.

Selain itu, kementerian juga mengadakan sesi libat urus bersama industri media dan penyedia platform media sosial untuk mendapatkan maklumat bagi meneliti kaedah yang sesuai dilaksanakan di negara ini.

"Kita belum sampai ke tahap membawa satu rang undang-undang mengenai perkara itu (mengenakan bayaran). Tapi pengerusi MCMC telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dengan pihak Meta (Meta Plafforms Inc) di Singapura dan pihak Tiktok. 

"Ini usaha kami untuk mendapat maklumat dulu sebelum pihak kerajaan boleh meneliti kesesuaian apakah rang undang-undang, langkah atau ikhtiar sesuai untuk negara kita," kata beliau.

Fahmi juga mengulangi pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus mempertahankan kebebasan media dan menjaga kebajikan para petugas, namun mengingatkan golongan itu agar terus mematuhi etika dan undang-undang.

"Kita sama-sama teliti etika kewartawanan supaya profesionalisme pengamal media sentiasa terjaga. Dalam konteks ini kena pastikan maklumat yang diterima tepat, sahih dan benar serta elakkan sampaikan maklumat yang tidak benar," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Kereta Api India: Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

oleh Aiman Sadiq

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Kawan Semula Tun M, Ini Mesti Sebab Wang - Puad

oleh Aiman Sadiq

Semasa 18 jam yang lalu

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori