web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia Beri Kelulusan Segera Untuk Penerbangan Sewa Khas Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 8:41PM

Anwar bersama Tiong King Sing melawat gerai makanan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pelancongan di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia memberi kelulusan segera untuk perkhidmatan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik kedatangan pelancong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini hari ini, Anwar berkata ia selaras dengan peranan kerajaan sebagai pemudah cara dalam urusan MOTAC untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

“Jadi soal soal teknikal dia (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing) sudah minta. Soal visa semua saya sudah bincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).

Kalau peringkat awal ini, yang kita boleh segerakan ialah penerbangan sewa khas," katanya.

Pada Februari lepas, Tiong menerusi hantaran di laman Facebook mencadangkan  syarikat penerbangan tempatan untuk membuat penyelidikan dan membangunkan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik dan memudahkan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menyifatkan industri pelancongan sebagai penjana pendapatan utama negara, Anwar berkata kerajaan akan memberi pertimbangan kepada setiap strategi yang dicadangkan MOTAC.

"Apa sahaja tindakan yang sesuai itu, harus kita beri pertimbangan ...boleh menyenangkan dan menarik minat pelancong ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tiong berkata untuk suku pertama tahun ini, seramai 4.38 juta pelancong luar telah memasuki negara dan daripada jumlah tersebut, 178,150 merupakan pelancong dari China. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar