web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Mampu Jimat Hingga RM8 Bilion Melalui Pelaksanaan Subsidi Elektrik Bersasar – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 5:47PM

Perdana Menteri berkata, harga elektrik bagi majoriti isi rumah iaitu M40 dan B40 akan dikekalkan tanpa kenaikan tarif, kecuali bagi mereka yang menggunakan tenaga elektrik lebih tinggi akan membayar pada kadar lebih tinggi. - Gambar oleh Abrul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mampu menjimatkan sehingga RM8 bilion tahun ini bagi pemberian kos elektrik melalui pelaksanaan subsidi bersasar, kata Perdana Menteri.

Sambil menyatakan bahawa penjimatan itu akan disalurkan kepada perbelanjaan lain yang membabitkan kebajikan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unjuran penjimatan kerajaan tertakluk kepada harga bahan api.

“Mulai Januari tahun ini, kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar membabitkan subsidi elektrik, termasuk tidak lagi memberikan subsidi tarif penuh kepada syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada kadar tinggi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media di Putrajaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEM), menyaksikan ia turut membuat keputusan bahawa kerajaan akan menambah baik sistem subsidi dieselnya.

Anwar (tengah) bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEM), hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim
Anwar (tengah) bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEM), hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Beliau memaklumkan, harga elektrik bagi majoriti isi rumah iaitu M40 dan B40 akan dikekalkan tanpa kenaikan tarif, kecuali bagi mereka yang menggunakan tenaga elektrik lebih tinggi akan membayar pada kadar lebih tinggi.

Katanya, tarif elektrik akan dikekalkan kerana subsidi diesel perlu ditambah baik terlebih dahulu.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM13 bilion untuk subsidi diesel.

“Diesel akan terus disubsidi kerajaan, tetapi pengguna pengangkutan perlu melalui mekanisme ‘fleet card’ Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), bagi memastikan kita dapat mengesan siapa yang memerlukan subsidi.

“Kita juga akan melihat kenderaan mana yang memerlukan subsidi,” kata Anwar sambil menekankan wujud percanggahan antara bilangan kenderaan menggunakan diesel dengan jumlah penggunaan diesel dicatatkan di negara ini.

“Semakan menunjukkan bahawa penggunaan diesel meningkat sebanyak 37.7 peratus. Daripada 6.1 bilion liter pada 2019 (sebelum COVID-19) kepada 8.4 bilion pada 2022 (pasca COVID-19).

“Bagaimanapun, jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat sebanyak 2.4 peratus, iaitu daripada 2.08 juta pada 2019 kepada 2.13 juta pada 2022,” katanya.

Peningkatan penggunaan diesel menunjukkan terdapat ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel, tambah Perdana Menteri.

Menurutnya, pada Februari lalu ketika beliau membentangkan Bajet 2023, kira-kira RM10 bilion nilai diesel diseleweng tahun lepas.

Selepas itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pindaan kepada akta berkaitan diperlukan bagi membolehkan tindakan terhadap kenderaan berdaftar asing yang diubah suai dalam usaha menangani ketirisan subsidi diesel.

  Ahmad juga berkata, kerajaan menjangkakan untuk memuktamadkan rancangannya bagi melaksanakan subsidi diesel disasarkan antara Jun dan Ogos tahun ini. – The Vibes, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi