web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kes, Termasuk Pelajar 9 Tahun Mangsa Strok Haba Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:41AM

KKM berkata kes itu dilaporkan berlaku bermula 15 April hingga 12 Mei lalu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga kes strok haba dilaporkan di Sabah, masing-masing dua pelajar dan seorang wanita, susulan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, kes itu dilaporkan berlaku bermula 15 April hingga 12 Mei lalu.

“Kes pertama merupakan seorang pelajar lelaki bermur 18 tahun yang dimasukkan ke wad pada 15 April lalu dan dibenarkan balik ke rumah pada 18 April.

“Kes kedua pula merupakan seorang pelajar lelaki berumur sembilan tahun dan dimasukkan ke wad pada 30 April lalu, sebelum dibenarkan keluar 2 Mei,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, kes ketiga membabitkan seorang wanita berumur 27 tahun yang bekerja sendiri.

Wanita terbabit, katanya, menerima rawatan sebagai pesakit luar sahaja pada 29 April lalu.

Ujarnya, ketiga-tiga pesakit itu selesai mendapatkan rawatan dan sembuh sepenuhnya.

“Cuaca panas terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh lalu menyebabkan cecair dalam badan berkurangan.

“Antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas adalah badan terasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi cepat, pening, mual serta boleh mengakibatkan sawan ataupun pengsan,” katanya.

Dr Rose Nani berkata, kanak-kanak dan warga emas adalah golongan paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan itu.

Justeru, katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyarankan beberapa langkah untuk mengelakkan individu mengalami penyakit berkaitan cuaca panas, termasuk menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan aktiviti luar lain semasa berlakunya gelombang haba terbabit.

Individu juga, katanya, disaran memendekkan tempoh aktiviti di luar rumah, seperti berkebun atau membersihkan laman rumah atau berehat secara berkala dan minum air kosong dengan banyak, pada setiap kali waktu rehat semasa melakukan aktiviti tersebut.

“Minum air yang dimasak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi, memakai pakaian ringan, cerah dan longgar untuk mengelakkan pemerangkapan haba serta elakkan memakai pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.

“Memakai topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran haba terus ke badan, tidak duduk di dalam kenderaan bertutup tanpa pendingin hawa serta menyejukkan badan menggunakan kipas ataupun pendingin hawa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, individu perlu segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan, sekiranya mengalami tanda awal kelesuan haba dan strok haba.

“Nasihat kesihatan bagi krisis ini juga boleh diperolehi daripada Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan (KKM) di laman sesawang http://www.myhealth.gov.my,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 58 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar