web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasiliti Kesihatan Pahang Belum Cecah Tahap Maksimum  

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 2:20PM

Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada anggota polis yang terlibat selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur, Pahang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan negeri memberi jaminan semua kemudahan kesihatan di Pahang masih mempunyai kemampuan untuk menangani peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan sejak minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini kapasiti katil di semua hospital di Pahang mencukupi dan belum mencapai tahap maksimum. 

"Semua kemudahan kesihatan, termasuk katil bagi menempatkan kes COVID-19 tidak berdepan masalah dan petugas kesihatan juga sedang melakukan yang terbaik bagi memastikan setiap kes dapat dikendalikan sebaik mungkin. 

"Sekarang ini semuanya masih dalam kawalan dan inilah pentingnya kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia bertujuan untuk mengawal keadaan daripada berlaku situasi tidak terkawal. 

"Memang masih ada segelintir yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, cuma kita harap apabila PKP dikuatkuasakan, mereka ini lebih peka dan tidak lagi bebas bergerak hingga menyukarkan usaha untuk memutuskan rangkaian wabak (COVID-19) di Pahang," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur, dekat sini, hari ini. 

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali. 

Sehingga semalam, Pahang merekodkan 63 kes positif baharu membabitkan 18 kes dari Kluster Tanah Putih; dua kes Kluster Mahkota Height; satu kes Kluster Indera Mahkota 2; sebanyak 29 kes hasil saringan kontak rapat; lapan kes saringan bergejala; empat kes saringan bersasar dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan satu kes saringan pekerjaan. 

Sementara itu, mengulas mengenai rungutan orang awam mengenai lokasi sekatan jalan raya dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pahang, Wan Rosdy berkata, pemilihan setiap lokasi bagi mengadakan sekatan jalan raya dibuat selepas kajian teliti dilakukan PDRM. 

"Lokasi sekatan jalan raya ini diputuskan selepas kajian dibuat. Memang tidak dinafikan apabila ada sekatan jalan raya, pergerakan orang ramai sedikit terganggu dan inilah tujuan utama kita buat PKP, untuk mengurangkan pergerakan orang ramai. 

"Kalau tidak ada sekatan jalan raya dan semua bebas ke sana ke sini, maknanya kita tidak akan berjaya mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dan akhirnya menyusahkan semua pihak. 

"Saya fikir semua ini (sekatan jalan raya) hanyalah bersifat sementara dan apabila kita sudah berjaya mengawal (penyebaran) wabak COVID-19, sudah pasti kita akan dapat bergerak dengan lebih selesa dan selamat," katanya. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar