web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Batek Disahkan Maut Dibaham Harimau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 6:06PM

Mayat Halim ditemui di Kuala Sungai Tunggul di Kampung Aring 5, pada 5.10 petang. - Gambar ihsan Facebook Otai johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda Orang Asli dari suku kaum Batek yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu disahkan maut dibaham harimau.

Mayat Halim Asin, 27 dari Kampung Aring 5 di Gua Musang, Kelantan ditemui tersangkut di atas tunggul, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayatnya ditemui di Kuala Sungai Tunggul di Kampung Aring 5 pada jam 5.10 petang.

Menurut beliau, bedah siasat mendapati terdapat kesan gigitan pada leher kanan mangsa.

“Tengkoraknya juga tembus digigit, malah penemuan tapak kaki harimau di lokasi kejadian mengesahkan pemuda tersebut telah menjadi mangsa haiwan buas itu,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Halim selamat dikebumikan mengikut adat suku kaum Batek di Tanah Perkuburan Kampung Aring 5 pada jam 5.15 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd Fazli Mamok berkata, ini adalah kali pertama penduduk kampung berkenaan maut akibat serangan harimau.

“Kerana itu, proses pengebumian dan adatnya juga berbeza.

“Mengikut kepercayaan, mayat mangsa yang jatuh pokok atau diserang binatang buas tidak dibawa pulang dan akan ditinggalkan di tempat ia ditemui,” katanya ketika ditemui.

Jelas Mohd Fazli, mayat itu terlebih dahulu menjalani beberapa ritual yang dilakukan dukun bagi memastijan ia tidak diganggu binatang buas.

“Penduduk juga terpaksa melapik mayat menggunakan tikar dan memakai sarung tangan semasa melakukan proses pengebumian.

“Mengikut adat, mayat tidak boleh disentuh kerana bimbang terkena badi, menyebabkan orang yang memegangnya akan menemui ajal dengan cara yang sama seperti si mati,” katanya.

Halim dilaporkan diserang harimau sewaktu sedang memancing bersama seorang anak saudaranya, dikenali sebagai Alang Kuang, 8.

Menurut Alang, beliau melihat sendiri bagaimana kepala bapa saudaranya dibaham haiwan buas itu. - Getaran, 15 Mei 2023




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad