web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan Tambahan RM50 Juta Kepada Terengganu Bantu Mangsa Banjir - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 7:12AM

Anwar Ibrahim berkata berkata jumlah peruntukan berkenaan adalah tambahan kepada bantuan segera banjir RM50 juta di negeri ini yang diumumkannya pada Disember tahun lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu mangsa yang terkesan banjir Disember lepas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah peruntukan berkenaan adalah tambahan kepada bantuan segera banjir RM50 juta di negeri ini yang diumumkannya pada Disember tahun lepas.

“Peruntukan awal itu telah diluluskan tetapi mengambil kira keadaan semasa, saya tiada masalah untuk luluskan peruntukan kepada Terengganu.

Untuk malam ini, kita umumkan tambah RM50 juta lagi bagi bantu mangsa banjir,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;  Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil;  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam lawatan meninjau bencana di Kelantan pada 21 Disember lepas, Anwar mengumumkan bantuan awal RM50 juta masing-masing bagi Kelantan dan Terengganu yang bertujuan bagi meringankan beban dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata beliau mendapat maklumat bahawa peruntukan awal bantuan banjir kepada Terengganu mengalami kelewatan dan beliau telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memeriksa perkara itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya terbuka dan bersetuju dengan saranan Ahmad Samsuri bahawa hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan mesti dalam keadaan baik.

“Sebab itu saya ambil sikap terbuka bahawa hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan mesti baik dan keluhan dan pandangan mereka (kerajaan negeri) diambil kira,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya menzahirkan harapan agar hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dipertingkatkan sekali gus membolehkan lebih banyak inisitiaf tidak berpihak dan dwipartian dapat diperkenalkan sebagaimana dilaksanakan di negara maju demi kebaikan rakyat.

Beliau berkata kecapikan dalam hubungan antara negeri dan Persekutuan boleh menyebabkan keluhan masyarakat yang mahukan penyelesaian kepada keadaan getir yang dihadapi tidak dapat ditangani dengan sebaiknya.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berharap semua perancangan, pembangunan dan penyaluran khas peruntukan yang diterima setiap tahun oleh kerajaan negeri dapat diteruskan mengikut jadual sebagaimana terkandung dalam dokumen Belanjawan 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar