web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fahmi Nafi Pegawai Disiasat SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 5:33PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan bahawa seorang daripada pegawainya sedang disiasat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk dirinya sendiri.

“Semua pegawai saya setakat sekarang ini, masih berkhidmat seperti biasa dan tiada siapa pun yang dipanggil SPRM. Perkara ini telah kita sahkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Menteri Bersama Warga KKD Terengganu di Auditorium RTM, di sini, hari ini.

Fahmi berkata beliau sudah meminta setiausaha politiknya untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan itu kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

“Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan maka tindakan akan diambil,” katanya.

Semalam, portal Edisi Siasat menerusi saluran Telegram, mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar