Berita Terkini

4 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 4 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 4 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 4 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 4 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Trend Upah, Gaji Pekerja Malaysia Membimbangkan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 2:44PM

Daripada 16.2 juta orang yang bekerja, hampir 1.9 juta pekerja dianggap pekerja yang mempunyai kelulusan tertiari tetapi bekerja dalam pekerjaan tidak setanding dengan kelulusan mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Hanya 37.2 peratus pendapatan negara ketika ini sampai ke poket pekerja manakala selebihnya adalah milik majikan atau pemilik modal.

Perkara itu disuarakan pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali yang menegaskan,  ia berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom apabila pekerja memperolehi 53.4 hingga 55 peratus daripada pendapatan negara.

"Trend upah juga membimbangkan, secara umumnya malar. Meningkat tetapi dengan kadar yang perlahan. Pada tahun 2010 kadar upah penengah pekerja ialah RM1,500, kini RM2,250. 

"Kemalaran kadar upah lebih nyata bagi pekerja separa mahir dan tidak berkemahiran," katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Lebih merunsingkan, Noor Azlan berkata, hanya 28 peratus daripada pekerja di Malaysia dikategorikan sebagai pekerja mahir, 60 peratus separa mahir serta 12 peratus dilihat berkemahiran rendah.

Menurut beliau, pekerja mahir yang lebih ramai amat diperlukan untuk membentuk negara maju dan ada keperluan untuk isu terbabit diselesaikan segera oleh pelbagai pihak. 

"Gaji dan upah kepada pekerja adalah antara ukuran pendapatan yang penting bagi menilai manfaat kepada pekerja. 

"Kesejahteraan kehidupan dan keupayaan untuk berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup amat bergantung kepada pendapatan," katanya. 

Noor Azlan berkata, kadar pengangguran memuncak semasa pandemik COVID-19 pada Mei 2020 apabila ia melibatkan sejumlah 826,000 individu atau 5.3 peratus.

“Terkini (Februari, 2023) sekitar 592,000 dari tenaga kerja Malaysia menganggur dan kadar pengangguran menurun ke 3.5 peratus.

"Dengan kadar itu, Malaysia boleh dianggap mencapai tahap guna tenaga penuh dan sebagai satu petanda pemulihan ekonomi makro, kembali ke status ekonomi prapandemik," katanya. 

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, perkara sedemikian adalah cabaran struktur pasaran buruh dan ia antara syarat utama untuk Malaysia melonjak menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Jelasnya, daripada 16.2 juta orang yang bekerja, hampir 1.9 juta pekerja dianggap pekerja yang mempunyai kelulusan tertiari tetapi bekerja dalam pekerjaan tidak setanding dengan kelulusan mereka.

"Saban tahun, bilangan pekerja yang tidak dapat memanfaatkan kelulusan pendidikan mereka semakin meningkat yang mana pada 2017, hanya 1.3 juta berada dalam kategori tersebut.

"Trend yang semakin membarah ini mesti ditangani segera. Satu kerugian kepada negara dan pekerja apabila pencapaian pendidikan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, komitmen Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia adalah usaha yang tepat dan dialu-alukan.

"Fahami perkara yang mengekang kenaikan gaji dan upah selain meletakkan sasaran, bentuk strategi yang berkesan, melaksanakan serta melaporkan pencapaian.

"Pekerja adalah pemangkin Malaysia Madani dan apakah ertinya Malaysia Madani ini kepada pekerja? Kesejahteraan, Hormat dan Ihsan adalah antara 6 rukun Malaysia Madani.

"Angkat martabat pekerja dengan peningkatan pekerjaan dan ganjaran bekerja yang berkualiti. Ia adalah Madani buat pekerja," katanya. - Getaran, 13 Mei 2023

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Lelaki Separuh Bogel Ditemui, Trauma Tumpul Punca Kematian - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 4 jam yang lalu

Sivasangari Tewaskan Aifa Untuk Ke Separuh Akhir Kejohanan Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Rangkaian 5G Capai 62.1 Peratus Liputan Setakat Akhir Mei 2023 - Fahmi

Semasa 19 jam yang lalu

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

oleh Susan Albert