web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Syarikat Swasta Hasrat Laksana HSR - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:39PM

 Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Beberapa syarikat swasta di Malaysia telah menyatakan minat kepada kerajaan untuk melaksanakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata walau bagaimanapun, kerajaan masih meneliti modul pelaksanaan bagi projek tersebut.

Perkara itu turut dibincangkan bersama rakan sejawatan dari Singapura S Iswaran yang ingin mengetahui status terkini projek HSR ketika mesyuarat dua hala Malaysia-Singapura yang diadakan di sini hari ini, katanya.

“Memang (mesyuarat dua hala) ada membincangkan perkembangan HSR dan beliau (Iswaran) ada bertanyakan statusnya kepada pihak kita. Saya telah memberikan maklum balas bahawa pendirian kerajaan ketika ini adalah kita mengalu-alukan penglibatan sektor swasta untuk melaksanakan projek ini.

“Kita kini di peringkat mendapat maklum balas dan memang ada beberapa syarikat swasta dari Malaysia yang ada minat untuk melaksanakan projek ini. Namun begitu, kita perlu meneliti modul pelaksanaan, pembiayaan dan sebagainya,” katanya pada sidang media bersama Iswaran selepas melawat Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct, di sini, pada Khamis.

Loke berkata Malaysia mengambil pendirian untuk menyambung semula projek HSR dengan Singapura yang telah ditamatkan pada 2021 itu.

“Prinsip yang telah pun dinyatakan secara jelas oleh kerajaan Malaysia ialah kita mengalu-alukan projek ini disambung semula tetapi dengan pembiayaan pihak swasta. Itu adalah pendirian kita,” katanya.

Sementara itu, Iswaran menyifatkan mesyuarat itu merupakan satu perbincangan yang baik apabila berpeluang menekankan kesediaan Singapura untuk HSR.

“Kami bersedia untuk meneliti sebarang cadangan bagi memulakan semula projek HSR. Kami bersedia untuk bekerja bersama-sama dengan kerajaan Malaysia,” katanya.

Pada 1 Jan, 2021 Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis, 2020.

Pada 8 Mac lepas, Loke dilaporkan berkata Malaysia mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan projek HSR, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan.

Beliau dipetik berkata sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.

Dalam pada itu, mengenai projek RTS Link, Loke berkata ia dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan dengan tahap kemajuan 36 peratus merangkumi pelbagai komponen seperti depoh, stesen, jajaran darat dan jajaran marin.

RTS Link adalah perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer di antara Singapura di stesen Woodlands Utara dengan Malaysia di stesen Bukit Chagar di sini.

Mengenai mesyuarat dua hala itu, beliau berkata penambahan perkhidmatan feri baharu di antara Johor Bahru dengan Singapura turut dibincangkan selain permintaan Singapura supaya perkhidmatan ulang-alik KTM Tebrau sedia ada ditambah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Boleh Terus HSR Selagi Tak Guna Wang Kerajaan - Loke

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Wee Lancar 5 Aku Janji Untuk Warga Ayer Hitam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar