web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boleh Terus HSR Selagi Tak Guna Wang Kerajaan - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 5:32PM

Anthony Loke - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.

“Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita boleh berbincang mengenainya. Kita terbuka kepada sebarang cadangan daripada pihak swasta selagi ia tidak melibatkan pembiayaan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan di majlis anjuran Invest Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya setakat ini kerajaan belum menerima sebarang cadangan tertentu atau menyeluruh daripada pihak swasta mengenainya, dan tidak ada tempoh waktu ditetapkan untuk projek berkenaan, kerana cadangan pelaksanaannya telah dibatalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebelum ini.

“Tiada keperluan mendesak dari segi melaksanakan sebarang projek bersejarah, jadi ketika ini kita terbuka kepada mekanisma pelaksanaan dan pembiayaan baharu.

Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bersama mengenai pembatalan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis 2020.

Sementara itu semasa ditanya mengenai cadangan pembinaan pelabuhan Pulau Carey, Loke berkata Lembaga Pelabuhan Klang telah membuat kajian kebolehlaksanaan mengenainya dan kertas Kabinet akan disediakan tidak lama lagi.

“Ada sektor swasta yang berminat untuk membangunkan pelabuhan itu, tetapi kini ia masih di peringkat awal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad