web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 Sangat Bermakna, Kata PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:24PM

Anwar berkata kerjasama yang disepakati termasuk dalam bidang ekonomi, ekosistem kereta elektrik, pelaksanaan urus niaga mata wang tempatan dan pembayaran digital antara negara agar ASEAN menjadi lebih kukuh. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO (Indonesia), 11 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berakhir hari ini sangat bermakna memandangkan negara-negara anggota berjaya memperkukuh dan meningkatkan kerjasama serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerjasama yang disepakati termasuk dalam bidang ekonomi, ekosistem kereta elektrik, pelaksanaan urus niaga mata wang tempatan (mata wang masing-masing negara ASEAN) dan pembayaran digital antara negara agar ASEAN menjadi lebih kukuh.

Bercakap kepada media Malaysia, beliau berkata pelbagai kerjasama konkrit yang disepakati itu membuktikan ASEAN masih teguh meskipun sesetengah pihak menganggap blok serantau 'agak lemah' dalam menangani cabaran semasa.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, pemimpin ASEAN juga telah bersetuju memastikan  ‘Pandangan ASEAN Mengenai Indo-Pasifik (AOIP)’ kekal sebagai mekanisme utama dalam pengurusan hubungan antara negara di rantau Indo-Pasifik.

Beliau berkata AOIP lebih seimbang dan mengutamakan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran rantau selain menggalakkan kerjasama terbuka, inklusif dan lebih mampan.

“Pemimpin sepakat mengukuhkan pendirian dan mempertahankan kedudukan ASEAN sebagai zon bebas dan mengelakkan daripada terlibat dalam pertarungan kuasa besar,” kata beliau.

Anwar juga berkata gesaan beliau terhadap penubuhan Dana Monetari Asia untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini menerima sambutan positif ketua-ketua negara ASEAN.

Bagaimanapun, ia tidak dibincang secara khusus dan masih di peringkat awal, katanya.

Mengenai isu Myanmar, Anwar berkata pemimpin serantau sepakat mempertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PCs) untuk menyelesaikan konflik yang sangat kontroversi dan rumit serta pengurusan bantuan kemanusiaan.

Menurut Anwar kaedah penyelesaian yang sedang dijalankan itu berdasarkan hukum antarabangsa dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar adalah untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan 5PCs.

"Pendirian kita lebih jelas kerana menangguhkan penyelesaian isu Myanmar ini memberi beban kepada etnik Rohingya dan juga Malaysia yang mempunyai pelarian yang telah mencecah lebih 200,000," katanya.

Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo kira-kira pukul 2 petang hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar