web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Masih Diwadkan, Perbicaraan 1MDB Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 2:18PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan hari ini setelah bekas Perdana Menteri itu masih menerima rawatan di wad kerana masalah cirit-birit.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membuat keputusan itu selepas Pakar Perubatan Klinikal Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim memberi penjelasan mengenai keadaan kesihatan Najib semasa prosiding hari ini.

Mohd Fadhli ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata beliau telah memeriksa Najib semasa menjalankan tugas pada 7.20 pagi tadi. Najib dimasukkan ke hospital pada Selasa.

“Apabila saya memeriksa Datuk Seri Najib, beliau mengadu masih mengalami cirit-birit dan hasil pemeriksaan mendapati beliau masih mengalami cirit-birit.

“Kami meneruskan pemantauan dan tekanan darahnya stabil. Bagaimanapun, disebabkan cirit-birit, beliau menunjukkan tanda-tanda berisiko tinggi mengalami dehidrasi. Kami perlu menahannya di wad untuk infusi garam intravena (IV) bagi menghidrat semula dan memantaunya,” kata beliau.

Menjawab soalan Ahmad Akram, Mohd Fadhli berkata selepas berunding dengan pegawai atasannya, mereka membuat kesimpulan bahawa Najib tidak sihat untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes 1MDB kerana perlu dipantau dan diwadkan untuk infusi IV secara berterusan.

Najib telah diberi cuti sakit selama sehari.

Perbicaraan dijadualkan bersambung pada 21 Jun.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad