web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sungai Nenggiri Semakin Surut Akibat Cuaca Panas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 11:54AM

Pemandu bot enjin galah Muhamad Fakhry Sharif, 27, berjalan di atas beting pasir di Sungai Nenggiri, di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Cuaca panas berlarutan turut memberi kesan kepada paras air Sungai Nenggiri, di sini yang kini semakin surut sehingga menyebabkan keadaan berlumpur, selain beting pasir dan batu-batuan mula timbul.

Pemandu bot enjin galah, Muhamad Fakhry Sharif, 27, berkata situasi air sungai yang semakin mengering itu disedari pemandu bot dan nelayan sejak awal minggu lepas. 

Katanya keadaan itu memaksa mereka untuk lebih berhati-hati memandangkan paras air sungai turut menimbulkan risiko terhadap pekerjaan mereka sama ada sebagai nelayan sungai mahupun membawa bot penumpang. 

“Kami dapati Sungai Nenggiri surut lebih dua meter sejak awal minggu ini. Kami sedar risiko keselamatan ketika mengemudi bot dalam keadaan air surut, tetapi sebagai nelayan sungai kami perlu terus bekerja menggunakan bot untuk menjana ekonomi keluarga. 

“Kami berharap cuaca panas ini tidak berpanjangan dan dapat meneruskan aktiviti di kawasan Sungai Nenggiri seperti biasa. Selain menoreh dan berkebun, ramai penduduk menjadi nelayan sungai untuk menampung keperluan harian,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bertam Baru, di sini. 

Pemandu bot enjin sangkut, Shaari Mustapa, 55, berkata sebahagian pemandu bot yang terkesan terpaksa berhenti kerja buat sementara kerana bimbang risiko yang akan dihadapi. 

Dia yang berpengalaman lebih 40 tahun mengendalikan bot, berkata hanya pemandu bot enjin galah dan enjin sangkut yang mahir sahaja berani meneruskan tugas mereka mengemudi bot bagi membawa penumpang atau mencari hasil sungai.

“Dengan pengalaman yang ada saya sudah mahir selok-belok arus Sungai Nenggiri. Kebanyakan orang baharu atau orang luar akan berhenti membawa bot di sungai ini ketika air surut kerana banyak cabaran termasuk kawasan sungai banyak beting pasir, tunggul kayu dan batu besar,” katanya.

Menurut Shaari jalan sungai menjadi pilihan sesetengah penumpang untuk ke Kampung Lulut atau Kuala Sungai kerana hanya mengambil masa kira-kira 15 minit berbanding lebih dua jam jika menggunakan jalan darat dari Ladang Serasa. 

Menurutnya harga tambang bot enjin sangkut yang dikenakan antara RM80 dan RM150 untuk tempoh sehari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad