web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budak 6 Tahun Pandu Kereta Bersama Adik Sebelum Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 9:36AM

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian dagu selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, malam tadi - Tangkap layar dari video di TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Seorang budak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian dagu selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumahnya bersama seorang penumpang yang juga adiknya berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima satu panggilan telefon daripada orang awam mengenai satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

“Pemandu mengalami kecederaan dagu, manakala penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.

“Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

“Kenderaan terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri,” katanya.

Menurut Shariman, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular video insiden kereta melibatkan pemandu kanak-kanak berusia enam tahun di Langkawi.

Dalam video itu, kanak-kanak terbabit menjelaskan dia memandu kereta untuk ke kedai kepada orang ramai yang berhenti untuk membantu selepas kereta jenis Toyota dipandunya terbabas. - Getaran, 10 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad