web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Alami Taburan Hujan Rendah Bermula 15 Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:03PM

Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami taburan hujan lebih rendah berlaku susulan Monsun Barat Daya yang dijangka berlaku, bermula 15 Mei dan berterusan sehingga September depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami taburan hujan lebih rendah berlaku susulan Monsun Barat Daya yang dijangka berlaku, bermula 15 Mei dan berterusan sehingga September depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, sepanjang monsun berkenaan, angin lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

“Perkara itu menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh berkenaan.

“Justeru, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan. Keadaan ini menyebabkan taburan hujan lebih rendah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, hujan lebat serta angin kencang dan petir masih boleh berlaku di pantai barat semenanjung dan barat Sabah, khususnya pada awal pagi berikutan fenomena garis badai.

“Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” katanya.

Muhammad Helmi berkata, jerebu juga boleh berlaku jika pembakaran terbuka tidak terkawal dalam tempoh Monsun Barat Daya, terutama antara Julai hingga September.

Menurut beliau, pembakaran terbuka perlu dielak bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihat supaya menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu.

“Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

METMalaysia sebelum ini meramalkan, cuaca panas akan berlarutan sehingga Mei ini, sebelum beransur reda pada Jun.

Jelasnya, suhu maksimum dicatatkan di sekitar kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang dijangka lebih tinggi antara 35 hingga 36 darjah Celcius. - Getaran, 9 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad