web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Loke Mahu Jumpa Azam Dapatkan Penjelasan Pendedahan Salah Laku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 2:54PM

Anthony Loke akan berjumpa Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan pendedahan salah laku kakitangan sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan berjumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan pendedahan salah laku kakitangan sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Saya tiada maklumat sebab ini laporan media, namun sebab beliau (Azam) ada sebut tentang agensi dan jabatan di bawah MOT, saya akan pohon janji temu dengan KP SPRM untuk bertemu beliau dan dapatkan laporan lanjut,” katanya kepada pemberita mengulas laporan akhbar mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Simpulan Kasih Malaysia MADANI MOT di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pendedahan Azam yang menyebut beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan keagamaan dan hospital.

Loke berkata pertemuan dengan Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh.

 Langkah lain yang akan dilaksanakan antaranya ialah mendapatkan senarai nama kakitangan dan kes melibatkan mereka, katanya.

"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku di bawah MOT serta akan bekerjasama penuh sekiranya laporan salah laku berkenaan mempunyai bukti kukuh," katanya yang memandang serius laporan pendedahan Azam itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad