web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Terbabit Jenaka Rogol Dipindah Ke JPNS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 3:30PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru lelaki yang terbabit dalam siasatan membuat jenaka rogol terhadap anak muridnya semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) telah dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam tersebut akan kekal di JPNS sehingga siasatan selesai.

"Berikutan insiden itu dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh berkenaan.

“KPM juga meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang didakwa dibuat pengetua SMK Puncak Alam itu terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook.

"KPM mengesahkan laporan polis dibuat pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor. Beliau menafikan telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya digodam,” kata KPM.

Kenyataan KPM itu dipercayai merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan oleh pendedahan dibuat oleh seorang murid perempuan SMK Puncak Alam, Ain Husniza Saiful Nizam, berkenaan jenaka jelik itu.

Ain Husniza mendedahkan perkara itu pada lewat April lalu, dan dia sudah dua minggu tidak hadir ke sekolah selepas turut mendapat ugutan rogol dari seorang rakan sekolahnya.

Susulan ketidakhadiran itu, pelajar terbabit baru-baru ini menerima surat yang memaklumkan, dia mungkin akan dibuang sekolah jika berterusan tidak hadir.

Menyentuh mengenai surat amaran itu, KPM menjelaskan sekolah terbabit telah mengeluarkan enam surat kepada Ain Husniza pada 16 – 30 April lalu.

“Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama.

"Surat ini kemudian akan dipos kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut. Surat itu dikeluarkan bertujuan memastikan ibu bapa atau penjaga, dan pihak sekolah mengetahui serta cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan.

“Tindakan ini membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya," katanya. – Getaran, 12 April, 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar