web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jho Low Atasi Pengarah 1MDB Dalam Keputusan Pelaburan Luar Pesisir 1MDB - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:07PM

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Brazen Sky adalah syarikat yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands (BVI) sebagai transit atau jentera tujuan khas (SPV) untuk menghantar balik dana pelaburan 1MDB - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai bank Singapura memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Brazen Sky Limited.

Bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan BSI Bank, Kevin Micheal Swampillai, 59, bersetuju dengan cadangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa situasi itu menjadikan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kelihatan lebih berkuasa, mengatasi dua pengarah 1MDB, Terence Geh dan Azmi Tahir.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Brazen Sky adalah syarikat yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands (BVI) sebagai transit atau jentera tujuan khas (SPV) untuk menghantar balik dana pelaburan 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata tanggapannya ialah Azmi dan Geh tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan transaksi itu dan mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi, yang diperhatikan menunjuk kepada Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee pada perbicaraan Najib dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Urusan di Brazen Sky tidak boleh bergerak melainkan Azmi dan Geh kata 'ya', tetapi apa yang kamu katakan dalam pernyataan saksi kami ialah Jho Low mengatasi mereka? Keputusan itu mengikut keputusan Jho Low?

Kevin: Ya.

Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu juga menyatakan bahawa Najib adalah pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kamu telah jelaskan sebagai andaian semata-mata, tetapi sekarang ini jawapan kamu kelihatan bercanggah dengan Perenggan 48 (pernyataan saksi) berhubung transaksi yang merujuk kepada 'pihak berkuasa lebih tinggi' sebagai Jho Low, di mana Jho Low mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Kevin: Ya.

Muhammad Shafee: Ia bukan keadaan di mana  perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Kevin: Ya.

Kevin berkata beliau tidak akan menyangka Najib akan terlibat dalam urus niaga ini memandangkan ia adalah urusan operasi yang memerlukan pengurusan mikro.

Terdahulu, saksi itu mengulangi bahawa Jho Low telah mengancam untuk membawa perniagaan berkaitan 1MDB ke tempat lain setiap kali wakil BSI menekannya mengenai 1MDB untuk mendapatkan penjelasan atau soalan lanjut mengenai transaksi tersebut.

Beliau berkata Yak Yew Chee, yang pada masa itu merupakan pengurus perhubungan BSI, adalah individu utama yang berurusan dengan Jho Low berhubung isu berkaitan 1MDB.

"Saya tidak tahu di mana Yak ketika ini. Kali terakhir saya bertemu Yak di Singapura pada awal tahun ini," kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek