web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Ke Indonesia Esok Untuk Sidang Kemuncak ASEAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 6:43PM

Zambry Abd Kadir berkata perdana menteri turut akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di bandar Manggarai Barat, kepulauan Flores di provinsi Nusa Tenggara Timur bermula Selasa (9 Mei) yang terbahagi kepada sesi pleno dan sesi pemukiman.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata perdana menteri turut akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Kedua-dua sidang kemuncak ini akan mengukuhkan lagi kerjasama yang mensasarkan kepada peningkatan aktiviti rentas sempadan dalam usaha meningkatkan lagi nilai perdagangan dan pelaburan di wilayah-wilayah itu," katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri dijangka turut menghadiri sesi pertemuan dengan wakil-wakil Belia ASEAN, Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly – AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council – ABAC) dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 (High-Level Task Force on ASEAN Community’s Post-2025 Vision – HLTF-ACV).

Menurut Zambry, sidang kemuncak kali ini merupakan platform yang baik bagi semua negara anggota ASEAN untuk membincangkan hala tuju ASEAN dan usaha-usaha pembangunan Komuniti ASEAN, yang merangkumi Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 serta Pelan-Pelan Tindakan untuk ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN, iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.

Beliau yang tiba di sini pada Isnin akan turut menghadiri tiga mesyuarat persediaan pada Selasa iaitu Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN Ke-26 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33.

Menteri-menteri Luar Negeri serantau bakal membincangkan pelbagai isu selain mempertimbangkan dan mengesahkan pelbagai draf laporan serta dokumen yang akan dikemukakan untuk keputusan para pemimpin ASEAN di Sidang Kemuncak ke 41.

Ini termasuk keputusan mengenai Pelan Hala Tuju penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN, perbincangan perkembangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara mengenai situasi di Myanmar dan isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan bersama dan mungkin memberikan impak terhadap ASEAN, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad