Berita Terkini

1 jam yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 1 jam yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


‘Di Sinilah Kerusi Saya Duduk Sebelah Mahathir Waktu Dipecat 25 Tahun Dulu…’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 11:44AM

Anwar menunjukkan 'tempat duduknya' ketika duduk bersebelahan Dr Mahathir sewaktu dipecat 25 tahun lalu di Dewan Persidangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Tingkat 39 Pusat Dagangan Dunia (WTC). - Gambar dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi ‘tempat duduknya’ di Dewan Persidangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Tingkat 39 Pusat Dagangan Dunia (WTC) ketika beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

“Di sinilah kerusi saya duduk sebelah Mahathir waktu dipecat 25 tahun dulu,” kata Perdana Menteri.

Perkara itu diceritakan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa Perdana Menteri meninjau Dewan Persidangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu di Tingkat 39 Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Tinjauan itu dibuat sebelum mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

“Waktu itu (25 tahun lalu) Datuk Seri (Ahmad) Zahid merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Siapa sangka selepas 25 tahun, beliau (Anwar) kembali semula ke Bilik Mesyuarat MKT UMNO, tetapi kali ini selaku Perdana Menteri Malaysia.

“Demikianlah putaran roda-roda kehidupan yang ada ketikanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah sebagaimana firman Allah dalam ayat 140 Ali-Imran,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

Pada 2 September 1998, Perdana Menteri, Dr Mahathir memecat Anwar yang juga Timbalan Perdana daripada kerajaan. - Gambar fail
Pada 2 September 1998, Perdana Menteri, Dr Mahathir memecat Anwar yang juga Timbalan Perdana daripada kerajaan. - Gambar fail

Pada 2 September 1998, Perdana Menteri, Dr Mahathir memecat Anwar yang juga Timbalannya daripada kerajaan.

Tindakan Dr Mahathir mencetuskan ‘perdebatan’ hebat rakyat ketika itu, termasuk mencetuskan perasaan tidak puas hati penyokong Anwar.

Asyraf berkata, pencapaian diraih Anwar ketika ini memberi pengajaran supaya individu tidak boleh sesekali angkuh dan sombong, sehingga lupa daratan sekiranya berada di atas.

“Sebab itulah ketika berada di atas jangan sesekali angkuh dan sombong  sehingga lupa daratan kerana tidak selamanya kita kekal pada kedudukan itu.

“Demikian juga keadaanya jika ditakdirkan kita berada di bawah, jangan pula rasa kerdil diri dan terhina, sehingga hilang pedoman kerana tidak pula bermakna kita tidak mampu bangkit kembali,” katanya.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November tahun lalu, selepas gabungannya meraih majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15, susulan bekerjasama dengan UMNO dan beberapa gabungan parti politik untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pelantikan itu sekali gus mengakhiri penantian selama 24 beliau untuk memimpin negara, selepas ‘jatuh bangun’ dan pelbagai dugaan dihadapinya sepanjang menceburi pentas politik lebih 50 tahun lalu.

Dianggap pemimpin politik bijak dan cekal menghadapi pahit getir politik, Anwar memperkenalkan kerangka dasar dinamakan Malaysia MADANI menerusi pentadbirannya kini.

Ia terdiri daripada enam tonggak dasar, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. – Getaran, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri: 'Saya Masih Suka Semua Orang Panggil Saya Kit…'

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Suri Rumah Rugi RM110,556 Terpedaya Kerja Mudah 'Like And Share'

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tidak Pernah Jadi 'Barua' DAP - Shahaniza

oleh Aiman Sadiq

Sukan 1 jam yang lalu

Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023