web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian Dwi Borong Menyediakan Opsyen Lebih Luas Untuk Ke Arah 5G - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 11:10AM

Penganalisis utama GlobalData, Alfie Amir berkata kerajaan telah membuat langkah positif apabila mengadakan lebih daripada satu rangkaian 5G di negara ini, walaupun masih jauh daripada ideal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk beralih daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada rangkaian dwi borong (DWN) bagi pelaksanaan 5G bermula tahun depan akan menyediakan opsyen yang lebih luas kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNC) dalam penawaran perkhidmatan mereka, kata seorang penganalisis. 

Penganalisis utama GlobalData, Alfie Amir berkata kerajaan telah membuat langkah positif apabila mengadakan lebih daripada satu rangkaian 5G di negara ini, walaupun masih jauh daripada ideal. 

"SWN menawarkan liputan, kapasiti dan ciri 5G yang sama serta mengehadkan syarikat telekomunikasi (telco) daripada mempunyai titik pembezaan yang ketara di pasaran.

"Dengan dua rangkaian, pilihan yang lebih luas untuk syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan membolehkan mereka membezakan perkhidmatan 5G mereka dengan pesaing. 

"Sebuah syarikat telekomunikasi boleh menggunakan kedua-dua rangkaian 5G dan membezakan dengan liputan, manakala syarikat telekomunikasi lain boleh menggunakan rangkaian 5G kedua yang mungkin menawarkan ciri-ciri yang tidak disokong SWN, yang dikendalikan oleh Digital Nasional Bhd (DNB),” katanya kepada Bernama. 

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Pada 3 Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kerajaan telah memuktamadkan untuk melaksanakan DWN sebaik sahaja pelancaran 5G DNB mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk.

Sistem DWN dijangka dilaksanakan pada 2024 di bawah Fasa Dua pelaksanaan 5G kebangsaan. 

Sehubungan itu, Alfie berkata langkah ke arah model DWN mampu menarik lebih ramai pemain iaitu syarikat telekomunikasi tradisional dan pemain baharu seperti operator rangkaian maya mudah alih (MVNO), penyepadu sistem dan penyedia IT. 

Katanya, ini akan memacu persaingan dan seterusnya mempercepatkan penggunaan rangkaian itu di seluruh negara kerana pembangunan 5G yang lebih pantas boleh memacu inovasi 5G. 

"Hari ini, terdapat kekurangan inisiatif dalam membangunkan secara bersama aplikasi perusahaan 5G di negara ini berikutan cabaran kerjasama dalam rangkaian borong serta keupayaan yang ditawarkan oleh rangkaian 5G DNB. 

"Sebaliknya, negara-negara lain sudah berada beberapa langkah ke hadapan dalam perusahaan 5G pelancaran komersial penyelesaian perusahaan 5G dan pelbagai kerjasama merentasi pelbagai industri," katanya. 

Begitu juga, RHB Investment Bank Bhd dalam notanya berkata peralihan kepada dwi rangkaian 5G adalah positif bagi pengendali mudah alih kerana ia merungkai model perbelanjaan operasi yang berkaitan dengan pendekatan SWN. 

"Ianya akan memberikan kepastian jangka panjang mengenai pelan hala tuju spektrum industri serta kerjasama rangkaian bersama dalam kalangan MNC yang akan mempercepatkan lagi pelancaran dan membawa kepada kos yang lebih rendah untuk perkhidmatan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini